awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga udang tempatan stabil sepanjang enam bulan lepas

Bernama
Bernama
08/06/2022
13:17 MYT
Harga udang tempatan stabil sepanjang enam bulan lepas
Harga udang vannamei tempatan masih kekal stabil pada RM60 sekilogram sejak enam bulan lalu. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Harga udang vannamei tempatan masih kekal stabil pada RM60 sekilogram sejak enam bulan lalu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Menurut statistik Jabatan Perikanan dan Jabatan Perangkaan, jumlah pengeluaran udang di Malaysia mencecah 135,659 tan metrik pada 2020, yang mana 36 peratus daripadanya adalah daripada udang ternakan.
"Hampir 90 peratus daripada udang ternakan adalah jenis vannamei kaki putih yang kebanyakannya memasuki pasaran domestik," katanya.
Ahmad berkata penggunaan udang perkapita meningkat daripada 2.33 kilogram pada 2004 kepada 3.91 kilogram pada 2012, menunjukkan pertumbuhan besar dalam penawaran dan permintaan dengan vannamei sebagai produk utama.
Sementara itu, beliau berkata eksport udang Malaysia meningkat sebanyak 23.6 peratus kepada 38,689 tan metrik pada 2021 daripada 29,819 tan metrik pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga udang
#udang tempatan
#udang vannamei
#stabil
#Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
#MAFI
#udang putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan