awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hargai karya seni masyarakat India tempatan

Bernama
Bernama
30/01/2013
22:14 MYT
Hargai karya seni masyarakat India tempatan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramiam berharap masyarakat India dapat menyedari kepentingan sesebuah karya seni kerana ia mencerminkan nilai budaya bangsa.
Beliau berkata ramai artis India tempatan bukan sahaja berbakat malah terkenal di luar negara tetapi tidak dikenali di kalangan masyarakat negara sendiri.
"Apabila bercakap soal seni, ia tidak hanya tertumpu kepada lakonan dan nyanyian. Karya melalui tulisan dan lukisan juga dianggap sebagai cabang seni yang mempunyai nilai tinggi," katanya pada majlis perasmian buku 'Beyond Colours' di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini, malam ini.
Beliau berharap masyarakat India lebih prihatin dan mengenali penggiat seni tanah air kerana hasil kerja mereka sangat bermutu tinggi.
Buku Beyond Colours hasil nukilan pelukis India tempatan, Dr S. Chanthiran itu mengandungi koleksi lukisan beliau yang memaparkan tradisi masyarakat India.
Berkelulusan Diploma dari Varnam Art School di Chennai India, Dr S. Chanthiran yang berkecimpung dalam bidang seni lukisan sejak 30 tahun lalu turut menerima pelbagai anugerah termasuk pengiktirafan daripada Universiti Camden di Amerika Syarikat atas penglibatannya dalam bidang itu.
Topic Berkaitan
#Beyond Colours
#Datuk Seri Dr S. Subramiam
#Timbalan Presiden MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan