KUALA LUMPUR: Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini, dengan penganut Hindu mengambil kesempatan cuaca baik di sebelah pagi untuk menyempurnakan upacara keagamaan di kuil di kawasan masing-masing.
Ceria dengan pakaian berwarna-warni, kesempatan bercuti pada hari perayaan itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga sambil menyediakan juadah enak dan mengunjungi saudara-mara serta sahabat handai, selain tidak kurang juga mengadakan rumah terbuka.
Di KUALA LUMPUR, kakitangan swasta, S. Dharviin, 33, yang bekerja di Kedah menyifatkan sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah kerana berkesempatan pulang ke kampungnya di Batu Caves di sini lebih awal, selain tidak perlu membayar tol atau dibelenggu dengan pandemik COVID-19
"Kali terakhir saya merasai suasana 'balik kampung' begini ialah sebelum saya mula bekerja di Kedah kira-kira lapan tahun lepas. Menu masakan yang saya dan keluarga hasilkan tahun ini juga sangat istimewa antaranya nasi daun pisang, idli dan muruku," katanya ditemui Bernama di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Bagi warga, Jepun Chifuyu Sugimoto, 31, pengalaman merasai sendiri sambutan Deepavali adalah sesuatu yang dinanti-nantikan selepas tertarik dengan penulisan artikel yang menyebut tentang 'perayaan berwarna-warni Malaysia' dalam sebuah majalah pelancongan.
Di PULAU PINANG, Kuil Muniswarar Jalan Baru dan Kuil Arulmigu Karumariamman Seberang Jaya di Butterworth adalah antara yang menjadi tumpuan penganut Hindu sejak 7 pagi bagi melaksanakan upacara keagamaan.
Pekerja swasta, K. Devan, 37, berkata dia pada mulanya risau dengan keadaan cuaca ,namun berasa lega apabila mendapati cuaca baik pagi ini.
Di PAHANG, penganut agama Hindu mula mengunjungi Kuil Sri Mariamman di Jalan Seri Kemunting, Kuantan sejak awal pagi dengan memakai pakaian berwarna-warni sempena perayaan berkenaan.
Di Alor Setar, KEDAH, pengunjung Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, S. Darshini, 34, berkata dia sekeluarga tidak pulang beraya di kampung di Teluk Intan, Perak tahun ini kerana neneknya mahu merasai pengalaman meraikan Deepavali di bandar.
Menurutnya seawal 7 pagi tadi, mereka sekeluarga telah tiba di kuil itu untuk bersembahyang dan persiapan untuk menyambut perayaan itu juga telah dibuat seminggu lebih awal dengan kuih dan hiasan kolum semuanya dihasilkan sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bagi R. Ravindran, 26, dari Alor Janggus, perayaan tahun ini lebih meriah kerana ini merupakan tahun pertama dia menyambut Deepavali sebagai seorang suami selepas berkahwin dengan isterinya N. Nandhini, 24, pada September lepas.
Di JOHOR, penganut Hindu di sekitar Johor Bahru pula mula mengunjungi Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam di Jalan Ungku Puan atau dikenali sebagai Little India Johor Bahru, seawal 7.30 pagi untuk upacara keagamaan dan orang ramai turut diberikan manisan laddu ketika mengunjungi kuil berusia lebih 110 tahun itu.
Di MELAKA, S. Ravisantharan, 56, berkata dia bersama keluarga bangun pada 4 pagi tadi untuk upacara mandi minyak di rumah sebelum matahari terbit dan kemudian meneruskan upacara keagamaan mereka di Kuil Sri Sunthara Moorthy Vinayagar, Batu Berendam dengan memakai pakaian bertemakan warna putih sebagai lambang kesucian.
Di Seremban, NEGERI SEMBILAN, Presiden Kuil Sri Bala Thandayuthapani, Kapt (B) VR. Parameswaran menjangkakan sebanyak 6,000 penganut Hindu mengunjungi kuil itu, yang dibuka untuk dua sesi iaitu 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 7 malam hingga 9.30 malam ini.
Di PERLIS, Bendahari Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam, M. Ashok Kumar, 22, berharap Deepavali tahun ini dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini melalui aktiviti kunjung- mengunjung dan pihak kuil juga telah menjemput penghuni rumah orang tua untuk melaksanakan upacara keagamaan di kuil berkenaan agar memeriahkan lagi suasana.
Di TERENGGANU, walaupun sambutan Deepavali tidak semeriah di negeri di pantai barat, ia tetap dirayakan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan.
Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata beliau bersama isteri, Senbagavalli Kalimuthu dan tiga anaknya bangun seawal 6 pagi tadi untuk mandi minyak, sebelum ke kuil Sri Kailasa Nathar di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu bagi melakukan ritual keagamaan.
Pada malam sebelum Deepavali pula, beliau mengumpulkan gambar nenek moyang dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia untuk melakukan upacara sembahyang bagi memperingati mereka.
"Selain tosei dan muruku, nasi minyak juga menjadi hidangan utama kami pada Deepavali. Ini kerana kami telah terasimilasi dengan budaya dan makanan orang Melayu di sini," katanya yang memberitahu jumlah penduduk India di Terengganu kurang satu peratus daripada keseluruhan 1.3 juta penduduk negeri.
Di PERAK, selain kehadiran 10,000 penganut Hindu sejak 7 pagi tadi, Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh turut menarik kedatangan pelancong asing dan kaum lain untuk bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Deepavali.
Di SELANGOR, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri V. Papparaidu menganjurkan rumah terbuka sempena Deepavali di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, Shah Alam, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan exco-exco kerajaan negeri.
Di KELANTAN, Ketua Wanita MIC negeri S. Nilai Valagi, 63, berkata walaupun jumlah kaum India di negeri ini kecil, suasana sambutan tetap meriah apabila ahli keluarga dan sahabat handai dapat berkumpul bersama.
"Sembutan tahun ini lebih meriah kerana 25 ahli keluarga saya dapat berkumpul bersama di rumah ibu saya di Lundang, Kota Bharu.
"Saya sendiri sudah membuat persiapan menyediakan juadah seperti maruku dan pakaian baharu sejak bulan lepas lagi, manakala masakan lain seperti kari ayam, kari kambing, putu mayam dan tosei disediakan semalam," katanya.
Di SARAWAK, biarpun sambutan Deepavali diadakan dalam skala kecil kerana populasi penduduk India di negeri itu hanya kira-kira 7,000 orang, semangat kekitaan antara rakyat tetap tinggi dengan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka anjuran seorang peguam, Shankar Ram di King's Curry, Jalan Rumbai di Kuching.
Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama lebih 5,000 orang memeriahkan Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Deepavali 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Walaupun Sabah tidak mempunyai ramai penduduk dalam kalangan masyarakat India, semangat bersatu dalam kepelbagaian yang diwarisi penduduk Sabah sejak sekian lama, terserlah apabila mereka mengenakan pakaian tradisi India seperti kurta dan sari untuk bersama-sama meraikan Deepavali pada majlis itu.
Majlis dianjurkan Kerajaan Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah itu menyediakan pelbagai juadah tradisi masyarakat India antaranya tosai, muruku dan kari, selain juadah tradisi masyarakat Sabah seperti kelupis.
Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada mereka yang meraikannya dan berharap perayaan itu mampu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang latar belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena perayaan Deepavali di Kuil Arulmigu Karumariamman di Butterworth hari ini. - Foto Bernama
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Bumiputera perlu lahirkan CEO dalam bidang teknologi baharu - Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata bumiputera perlu meningkatkan penglibatan dalam industri teknologi baharu. Jelasnya, persaingan dalam industri laut merah sudah terlalu padat dengan peluang untuk berjaya menaiki tangga korporat itu semakin tipis.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Hsien Loong dijangka kekalkan pengaruh dalam kerajaan Singapura - Pakar
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers berkata Bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka akan terus mengekalkan pengaruhnya dalam Kerajaan, walaupun sudah melepaskan jawatan utama republik itu. Menurutnya, ini merupakan amalan politik Singapura yang wajar dikekalkan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata takrifan bumiputera perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata. Jelasnya, hal ini akan ditegaskan melalui penumpuan semula halatuju tiga agensi dibawah Kementerian Ekonomi pada 20 Mei akan datang.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 1.5 sen kepada 772.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 1.0 sen kepada 726.0 sen sekilogram.
AWANI 7:45 [15/05/2024] Isu UiTM | META dikecam | Siti Nurul Masyitah di ICU | Era baharu Singapura
#AWANI745 malam ini bersaya Cynthia Ng;
- Kerajaan tidak bincang buka UiTM kepada bukan Bumiputera
- Rasuah membarah, dua pegawai kanan badan berkanun seleweng projek RM1.2 bilion
- Ulang alik jaga ibu, atlet kayak negara cedera parah dilanggar pemandu mabuk
- Lawrence Wong angkat sumpah Perdana Menteri Singapura
- Kerajaan tidak bincang buka UiTM kepada bukan Bumiputera
- Rasuah membarah, dua pegawai kanan badan berkanun seleweng projek RM1.2 bilion
- Ulang alik jaga ibu, atlet kayak negara cedera parah dilanggar pemandu mabuk
- Lawrence Wong angkat sumpah Perdana Menteri Singapura
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
EU desak Israel segera hentikan operasi ketenteraan di Rafah
"Jika Israel meneruskan operasi ketenteraannya di Rafah, ia pasti akan memberi tekanan besar terhadap hubungan EU dengan Israel."
Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming
Perkara itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksana dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan.
Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
Polis terima satu laporan polis berhubung satu klip video yang tular di media sosial memaparkan aktiviti memasak di stesen minyak terbabit.
Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.
Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000
Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000.
KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.
Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.
Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.
Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini.
Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak
Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.