Sama seperti wakil-wakil rakyat lain di Negeri Sembilan, Rabu 27 Mac adalah hari akhir bagi Datuk Hasim Rusdi memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu yang terletak dalam kawasan Parlimen Rasah.
Hari ini, Kampung Batu 8, salah sebuah kampung yang terletak dalam kawasannya dilanda banjir kilat. Seawal pukul 5 pagi lagi, ketika orang lain masih lena diulit mimpi, tidur Hasim dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Ketua Kampung Batu 8, Alex yang memaklumkan khabar bencana itu.
Tanpa banyak bertanya beliau segera bergegas meninjau kawasan yang terjejas — 12 buah rumah dinaiki air. Hasim singsing lengan ikut membantu penduduk kampung membersihkan kawasan sekitar rumah mereka.
Soal DUN Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada Rabu langsung tidak ada dalam fikiran Hasim. Perjuangan membela nasib rakyat sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
"Tak ado titik noktah dalam bermasyarakat. Selagi hidup ni jang, teruskan sajo perjuangan," kata Hasim dengan loghat Negeri Sembilannya yang pekat.
Kami tiba di sana ketika usaha pembersihan sedang giat dijalankan oleh penduduk setempat. Walaupun banjir kilat melanda dalam tempoh beberapa jam, usaha pembersihan itu kelihatan nyata amat memenatkan.
"Rasa kebersamaan itu sudah sebati dalam diri. Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlu agresif menyelesaikan masalah sekeliling," jelas Hasim yang baru sepenggal menjadi ADUN Labu.
DUN Labu mempunyai lebih 14,700 pengundi berdaftar; hampir 10,000 daripadanya adalah pengundi Melayu. Pada PRU-12 2008, Hasim menang mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat PKR dengan majoriti lebih 1,400 undi.
"Kalau dah jadi ADUN, mana ada tarikh akhir. Buat sahaja kerja. Sudah memang kerja kita," kata Hasim.
DUN Negeri Sembilan merupakan DUN paling awal terbubar berbanding negeri-negeri lain.
Dalam pilihan raya umum yang lalu, Barisan Nasional menang 21 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi. Daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan, lima dimenangi oleh BN manakala dua dikuasai oleh DAP dan satu oleh PKR.
Sementara itu, bagi ADUN Paroi, Taufek Abd Ghani hari-hari terakhir ini mendatangkan kesedaran kepada apakah beliau telah melaksanakan amanah yang diberi sepanjang tempoh lima tahun yang lalu. Taufek adalah satu-satunya ADUN PAS di DUN Negeri Sembilan.
Sejak diumumkan jadi calon untuk bertanding pilihan raya pada 8 Mac 2008, beliau sedar tugas berat yang menantinya.
Sebaik diumumkan memenangi kerusi DUN Paroi, Taufek sedar amanah rakyat harus dipikul sebaik mungkin. Sejak hari pertama memikul tanggungjawab sebagai ADUN, beliau berusaha memenuhi tanggungjawabnya.
"Saya berterima kasih kepada penduduk di DUN Paroi yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang lima tahun lalu. Kerjasama yang mereka berikan memudahkan saya menjalankan tugas yang telah diamanahkan," katanya ketika kami temui di luar Wisma Negeri di tengah-tengah bandar Seremban.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu sedar sepanjang lima tahun menggalas amanah yang diberikan, beliau ada banyak kekurangan. Kepada pengundi di DUN Paroi, beliau memohon maaf atas kekurangan itu.
"Saya memohon maaf kepada seluruh penduduk di Paroi sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat mereka.
"Sebagai manusia biasa, saya ini serba kekurangan dan tentunya tidak semua permintaan dapat saya tunaikan" katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Menceritakan kembali pengalaman bergelar wakil rakyat, Taufek berkata tiada kata dapat diungkapkan sebagai tanda kepuasan apabila dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk.
Biarpun masa bersama keluarga berkurangan namun kerana amanah yang diberikan, beliau berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Katanya, pengorbanan isteri dan anak-anak yang sanggup berkongsi dirinya dengan penduduk Paroi menambahkan lagi semangat beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab.
"Isteri saya sangat memahami dan memberikan sokongan dalam perjuangan saya membela nasib rakyat" katanya lagi.
Mengenai nasibnya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Taufek menyerahkan kepada parti untuk menentukan apakah beliau kekal bertanding di DUN Paroi atau tempat lain.
Andai kekal di Dun Paroi, beliau berharap pengundi di DUN tersebut dapat menilai khidmatnya selama sepenggal dengan baik.
Astro Awani
Tue Mar 26 2013
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Masyarakat di Negeri Sembilan perlu memanfaatkan Pusat Sebaran Nasional (NADI) secara optimum bagi memperkasakan kemahiran pelbagai bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.
Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.