awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat

Bernama
Bernama
21/11/2024
08:40 MYT
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Muzium Tentera Darat adalah antara tarikan di Port Dickson dan mencatat kunjungan sebanyak 201,113 individu pada tahun ini. - Gambar/ Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat bagi menampung kos penyelenggaraan di pusat pelancongan berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kedua-dua lokasi yang menjadi antara tarikan di Port Dickson itu masing-masing telah mencatatkan kunjungan sebanyak 154,074 dan 201,113 individu pada tahun ini.
Beliau berkata selain daripada pameran ketenteraan dan galeri ikan hiasan marin, penyu dan terumbu karang yang menarik, kemasukan secara percuma di kedua-dua tempat itu mendorong kepada kehadiran pengunjung yang ramai pada setiap hari.
"Dengan itu, kerajaan negeri berpandangan pihak Muzium Tentera Darat dan Pusat Ikan Hiasan wajar mengenakan kutipan fi bagi membantu menampung segala kos perbelanjaan melibatkan penyelenggaraan serta menambah baik inventori, pameran dan lain-lain tujuan berkaitan," katanya di sini.
Dalam pada itu, Pengarah Perikanan negeri Kassim Tawe ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya terpaksa menanggung kos sekitar RM 350,000 setahun bagi tujuan makanan ikan dan penyu serta pembersihan Pusat Ikan Hiasan Marin di Port Dickson.
Kassim berkata pusat ikan hiasan yang dibuka sejak 2009 itu sebelum ini tidak pernah mengenakan bayaran dan kos operasinya diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sehingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Muzium Tentera Darat
#Pusat Ikan Hiasan
#bayaran masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan