awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Inovasi rai idea kreatif dan inovatif tenaga kerja KKLW

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
30/11/2017
07:20 MYT
Hari Inovasi rai idea kreatif dan inovatif tenaga kerja KKLW
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama pemenang Anugerah Kualiti dan Inovasi telah dipertandingkan. - fotoBERNAMA
Hari Inovasi 2017 merupakan platform pengiktirafan bagi idea-idea kreatif dan inovatif dalam usaha memartabatkan imej luar bandar untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi meraikan tenaga kerja warga Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Pengiktirafan ini juga turut diberikan kepada agensi-agensi dibawah KKLW termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, acara tahunan ini meletakkan KKLW di landasan yang efisien dan efektif dalam mencipta dan menyerlahkan keunikan sesuatu produk atau perkhidmatan sejajar dengan agenda empat Transformasi Negara.
“Contohnya dalam konteks perkhidmatan awam, saya percaya pelbagai idea dan inisiatif terbentuk demi membantu menyelesaikan masalah akibat peraturan dan prosedur lama yang menghalang sistem perkhidmatan awam dengan cekap,” kata Ismai ketika merasmikan Hari Inovasi 2017, di sini pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, lima kategori Anugerah Kualiti dan Inovasi telah dipertandingkan seiring dengan tema 'Inovasi Pemacu Transformasi Luar Bandar'.
Antaranya adalah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (kategori pengurusan) yang berjaya dirangkul oleh MARA melalui Learning Outcome Attainment Measurement System (LOAMS).
LOAMS bertujuan menyediakan maklumat untuk memantau proses pembelajaran dan meningkatkan kualiti secara berterusan.
Empat kategori lain adalah Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus, Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan, Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamatan Perlindungan dan Anugerah Kualiti Pengurusan Outcome Terbaik.
Tambahan itu, Ismail menggesa agar warga kerja sentiasa berfikir seperti orang Jepun dan Korea yang sentiasa menzahirkan idea demi meningkat produktiviti organisasi dan seterusnya pembangunan negara.
Topic Berkaitan
#anugerah
#Anugerah Kualiti dan Inovasi
#Datuk Seri Ismail Sabri
#iktiraf
#inovatif
#Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
#KKLW
#kreatif
#kualiti
#penghargaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan