KUALA LUMPUR : Tahukah anda, menjaga ekosistem laut bermakna kita turut menjaga sumber makanan negara?
Dengan krisis makanan global yang berlaku ketika ini, negara perlu menumpukan kepada usaha memperbanyakkan insiatif pemeliharaan laut dan hidupan air bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi.
Jika tidak mahu terus bergantung kepada makanan import, laut perlu dipelihara bagi memenuhi keperluan rakyat tempatan.
Bagi Presiden Persatuan Sains Lautan Malaysia, Affendi Yang Amri, ekosistem dalam laut seperti paya bakau, rumput laut dan terumbu karang dapat menghasilkan sehingga 50 peratus bekalan ikan di pasar.
Ketiadaan terumbu karang misalnya menyebabkan ikan-ikan seperti garupa dan snapper kehilangan habitat.
"Kita perlu ingat juga terumbu karang di Malaysia ini adalah pusat biodiversiti tertinggi di dunia. Malaysia mempunyai 571 spesis daripada 750 spesis dunia. Setiap batu karang akan mempunyai ikan tersendiri," katanya kepada Astro AWANI.
Malah, terumbu karang turut menjadi penghalang ombak besar sampai ke pesisiran dan sekali gus mengelak hakisan pantai.
Aktiviti Tambak Laut Kurangkan Ikan
Namun, aktiviti manusia tanpa kawalan seperti penambakan laut menyebabkan kekurangan hasil laut terutama ikan.
"Ketiga-tiga ekosistem ini sebenarnya dapat menghasilkan 40 hingga 50 peratus bekalan ikan yang ada di pasar. Disebabkan kita membuka kawasan paya bakau dengan melakukan aktiviti tertentu, dengan ada juga yang cakap paya bakau kononnya tidak ada yang guna. Sebenarnya, kawasan paya bakau ini banyak anak ikan, semua ada.
"Rumput laut, masalahnya ialah tambakan tanah. Dalam rumput laut itu ada anak ikan, anak lobster. Daripada rumput laut ini, apabila ikan itu sudah besar, dia akan pergi ke terumbu karang. Jadi apabila ketiga-tiga ini kurang, maka nelayan pun kurang tangkapan lautnya.
"Memang nelayan di Johor misalnya, mereka cakap memang ikan kurang. Sebab kalau kurangnya rumput laut dan terumbu karang, ikan memang kurang dan kalau dapat pun, atau kalau dapat pun ikan kecil.
"Jadi kalau kita nak bekalan makanan laut ini, sebenarnya yang paling senang, jaga ekosistem laut ini. Jangan buka aktiviti lain. Biar kembangkan lagi rehabilitasi dan sebagainya," katanya lagi.
Beliau melihat kepentingan restorasi ekosistem dan sains lautan untuk pembangunan mampan bagi memastikan laut terus terjaga.
"Sebab itu, tahun 2011 hingga 2020, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan bahawa dekad ini adalah dekad untuk restorasi ekosistem dan sains lautan untuk pembangunan mampan," ujarnya lagi.
Taman Laut Negara Hanya Lima Peratus
Justeru, beliau berharap Malaysia akan dapat mencapai 10 hingga 30 peratus kawasan taman laut bagi mengekang aktiviti pembangunan yang memusnahkan ekosistemnya.
"Taman laut fungsinya adalah supaya kita jangan mengganggu ekosistem lautan dalam taman laut supaya apabila ikan sudah besar, dan semakin banyak dalam taman laut itu, maka banyak ikan akan keluar dari taman laut dan dari situ nelayan boleh tangkap ikan. Jadi itulah objektif taman laut,"jelasnya.
Setakat tahun ini, Malaysia hanya mencapai lima peratus kawasan taman laut dan berharap akan meningkat sehingga 10 peratus pada tahun 2025.
Justeru, usaha pemeliharaan laut ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, NGO, aktivis dan saintis semata-mata, kerana ia adalah tanggungjawab semua.
Jaga laut, jaga sumber makanan kita.
Selamat Hari Lautan Sedunia.
Rahimah Abdullah
Tue Jun 07 2022
Ekosistem dalam laut seperti paya bakau, rumput laut dan terumbu karang dapat menghasilkan sehingga 50 peratus bekalan ikan di pasar. - Foto Project PULIH
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Hari Lautan Sedunia : Ekosistem laut terjaga, atasi krisis makanan negara
Tahukah anda, menjaga ekosistem laut bermakna kita turut menjaga sumber makanan negara?