KUALA LUMPUR: Keluarga Malaysia yang ingin hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka, digalakkan mengenakan busana era 50-an, 60-an atau pakaian tradisi masing-masing.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara mencapai kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia.
"Di situ nanti kita boleh lihat kepelbagaian kaum, dan di sebalik kepelbagaian itu ada penyatuan di antara kaum.
"Ini adalah antara aspirasi dalam Keluarga Malaysia iaitu Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran dan dengan kita bersyukur, maknanya kita boleh kumpul serentak dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama dalam satu platform bagi meraikan sambutan Hari Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wawancara Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Menurut Mohammad pengujung yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Ernie Zakri, Jimmy Palikat dan persembahan lakonan semula detik-detik bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di lokasi bersejarah itu.
Sementara itu, Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata persiapan sambutan pada 16 Sept nanti telah mencapai kemajuan hampir 80 peratus.
"Saya amat berharap semoga acara berlangsung dengan lancar, kita berdoa agar cuaca baik...saya juga ingin menggalakkan pengunjung hadir bukan sahaja dari Melaka malah dari negeri sekitar seperti Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Mohammad berkata, persiapan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 pada 16 Sept ini kini mencapai kemajuan hampir 80 peratus. - Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD
Beliau tiba di KKD di sini pada kira-kira 8.53 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian.
Malaysia hasrat bangunkan ekosistem ekonomi digital mampan
Mohammad berkata fokus Malaysia berhubung keselamatan siber dan perlindungan data dalam mesyuarat itu turut dikongsi sama oleh negara anggota ASEAN yang lain.
Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS
Bercakap mengenai rancangan Malaysia berkaitan ekonomi digital, Mohammad menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara.
Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.
SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad
SKMM merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
Hari Malaysia: Pengunjung digalak pakai busana tradisional, raikan kepelbagaian
Ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara.
Sambutan Hari Kebangsaan disiar secara langsung di semua saluran televisyen utama
Perkara itu selaras dengan tema hari kebangsaan iaitu 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' yang berteraskan tiga tunjang utama.
Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama K-KOMM.
Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian'
Media massa perlu tegas dengan tanggungjawab mendidik masyarakat melalui sebaran maklumat, pendidikan dan penulisan intelektual.
HAWANA 2022: Wartawan muda perlu kesabaran, komitmen tinggi - Mohammad Mentek
Dunia kewartawanan yang penuh cabaran ketika ini memerlukan golongan wartawan muda yang mempunyai kesabaran dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas mereka.