Skip to main content

Sukan

KBS beri kelulusan bersyarat bagi penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026

Menurut Mohammed Taufiq, penganjur HYROX Kuala Lumpur 2026 telah bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat. - Foto Astro AWANI
Menurut Mohammed Taufiq, penganjur HYROX Kuala Lumpur 2026 telah bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat. - Foto Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Kementerian Belia dan Sukan meluluskan secara bersyarat penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 dari 10 hingga 13 Disember.
  • Kelulusan tertakluk kepada pematuhan penuh Kod Sukan Selamat dan semua syarat Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
  • KBS menegaskan acara tidak akan diluluskan jika tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberikan kelulusan bersyarat bagi penganjuran acara HYROX Kuala Lumpur 2026 yang dijadualkan dari 10 hingga 13 Dis.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kelulusan bersyarat itu adalah di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 tertakluk kepada pematuhan penuh Kod Sukan Selamat serta semua syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

“Penganjur HYROX Kuala Lumpur 2026 telah bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat.

Advertisement

“KBS akan memantau pematuhan syarat ini sepanjang penganjuran acara. KBS mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Mohammed Taufiq berkata acara kecergasan massa seperti itu wajar diteruskan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Advertisement

Sebelum ini, beliau berkata KBS tidak akan meluluskan penganjuran acara HYROX Kuala Lumpur 2026 sekiranya tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.

Baru-baru ini, tular tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai “Official Beer Partner” bagi penganjuran pertandingan kecergasan fizikal bertaraf antarabangsa itu yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement