KUALA LUMPUR: Pengunjung sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan pada 16 Sept ini berpeluang mengimbau kembali nostalgia era 60-an menerusi persembahan berkonsep muzikal di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di Melaka.
Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata persembahan berkonsep muzikal berkaitan Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu juga dipilih bagi mendidik orang ramai mengenai peristiwa bersejarah di lokasi tersebut.
"Penonton dan tetamu akan berpakaian busana era 60-an dan etnik, kita hendak (orang ramai) merasai zaman itu. Persembahan kita juga bertepatan dan bersesuaian dengan pakaian penonton.
"Sebagai contoh, dalam persembahan pembukaan kita ada empat segmen antaranya 'Kebangkitan Pahlawan' ialah untuk mengetengahkan pahlawan bukan sahaja dari Semenanjung tetapi juga Sabah dan Sarawak," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata kisah pejuang kemerdekaan termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Antanom, Mat Salleh, Rentap dan Rosli Dhobi akan diangkat menerusi segmen itu selain menampilkan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah yang akan mendendangkan lagu 'Mentera Semerah Padi' serta mengenakan busana pahlawan Melayu.
Menerusi persembahan berkonsep muzikal ini, Rosnan berkata masyarakat boleh menghayati sejarah penubuhan tanah air dengan lebih mendalam seterusnya menerapkan patriotisme dan mengukuhkan jati diri.
Melaka merupakan negeri pertama di Semenanjung yang dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia selain Sarawak dan Sabah.
Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan itu selain pelbagai aktiviti serta program kesenian dan kebudayaan akan turut diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Melaka merupakan negeri pertama di Semenanjung yang dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia selain Sarawak dan Sabah. - Foto Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
P. Pinang terus sokong usaha kerajaan pusat laksana agenda pembangunan
Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.