awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari OKU Antarabangsa: Fokus usaha tingkat kemampuan berdikari

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/12/2021
11:19 MYT
Hari OKU Antarabangsa: Fokus usaha tingkat kemampuan berdikari
Golongan OKU tidak seharusnya terkecuali daripada menerima akses kepada pendidikan yang berkualiti setara dengan orang lain yang normal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Kerajaan dan seluruh masyarakat perlu memberi sokongan serta perhatian kepada golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan mereka mampu untuk berdikari secara asas dalam kehidupan.
Pengarah Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara-Pusat Serantau Pendidikan Khas (SEAMEO SEN) Malaysia, Dr Hanani Basit Harun Rasit berkata, keadaan akan lebih membanggakan sekiranya kelompok itu juga mampu menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.
“Matlamat yang paling utama ialah mereka berupaya untuk urus diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
“Lebih baik sekiranya mereka turut mampu jana pendapatan untuk sara diri dan keluarga yang seterusnya turut menyumbang kepada masyarakat dan negara,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat sempena Hari OKU Antarabangsa.
Tambah Dr Hanani, bagi merealisasikan matlamat itu, langkah proaktif perlu diterapkan menerusi pendidikan awal.
Selain itu, katanya golongan OKU tidak seharusnya terkecuali daripada menerima akses kepada pendidikan yang berkualiti setara dengan murid lain yang normal.
Jelasnya, usaha untuk memperkasakan lagi golongan berkeperluan khas itu tidak seharusnya terletak di bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya turut memerlukan penglibatan pihak swasta.
Bercakap mengenai sambutan Hari OKU Antarabangsa, Dr Hanani menjelaskan antara objektifnya adalah meningkatkan kesedaran orang ramai selain mengiktiraf dan memperjuangkan hak golongan tersebut.
Di samping itu, beliau turut mengharapkan agar lebih banyak program mampu diwujudkan bagi menghubungkan kumpulan OKU bersama golongan normal.
Topic Berkaitan
#OKU
#pendidikan
#Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa
#SEAMEO SEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan