awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Sarawak: Perpaduan asas pembangunan mampan negeri - Abang Johari

Bernama
Bernama
21/07/2025
20:30 MYT
Hari Sarawak: Perpaduan asas pembangunan mampan negeri - Abang Johari
Abang Johari berkata, sambutan Hari Sarawak tahun ini yang bertemakan "Sarawak Maju Makmur" mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan masyarakat untuk memperkukuh hubungan erat antara satu sama lain. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama menjadi asas kukuh dalam menjayakan pembangunan mampan negeri serta menuju status wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, sambutan Hari Sarawak tahun ini yang bertemakan "Sarawak Maju Makmur" mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan masyarakat untuk memperkukuh hubungan erat antara satu sama lain.
"Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 bagi menjamin kemakmuran sosioekonomi yang inklusif," katanya menerusi laman Facebook Pejabat Premier Sarawak pada Selasa.
Perutusan berkenaan turut dimuatkan dalam buku atur cara rasmi sambutan Hari Sarawak 2025 peringkat negeri yang akan berlangsung di Miri pada Rabu.
Abang Johari turut menyatakan komitmen kerajaan untuk memperkasakan ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), memacu kelestarian alam sekitar serta membangunkan sektor utama berasaskan minyak dan gas, perladangan, pelancongan dan pertanian moden secara agresif.
Beliau berkata, pendidikan berkualiti dan inklusif juga merupakan teras pembinaan modal insan.
"Justeru, bermula tahun hadapan, pendidikan percuma akan disediakan untuk semua pelajar Sarawak dalam bidang-bidang tertentu di universiti milik Kerajaan Sarawak. Ini bagi memastikan tumpuan pembelajaran dan meringankan beban kewangan keluarga," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak menjayakan sambutan Hari Sarawak tahun ini.
"Semoga Sarawak terus maju, makmur, dan kekal sebagai wilayah contoh keharmonian di Malaysia. Selamat Menyambut Perayaan Hari Sarawak 2025," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#perpaduan
#pembangunan mampan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan