awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Tentera Darat ke-89 disambut di Port Dickson

Bernama
Bernama
21/02/2022
11:35 MYT
Hari Tentera Darat ke-89 disambut di Port Dickson
Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 akan berlangsung di Kem Segenting di Port Dickson. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 dengan tema 'Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin' tahun ini akan berlangsung secara fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Mac ini.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata tema itu dipilih berdasarkan komitmen berterusan tentera darat dalam memenuhi keperluan kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan warga tentera darat.
Beliau berkata kesejahteraan yang dimiliki oleh seluruh warga tentera darat adalah penting bagi meningkatkan moral serta semangat dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan dan kepentingan negara serta tugas-tugas membantu kerajaan apabila diperlukan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat ke 89 di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini
Zamrose berkata enam fokus ditetapkan untuk dilaksanakan oleh Tentera Darat tahun ini merangkumi kebajikan dan kesejahteraan warga; meningkatkan kesiagaan dan keupayaan; penstrukturan dan penyusunan organisasi; pemerkasaan tadbir urus dan perbelanjaan berhemah; meningkatkan diplomasi pertahanan tentera darat; serta membantu kerajaan dalam operasi ketenteraan selain perang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari tentera darat
#Port Dickson
#sambutan secara fizikal
#Zamrose Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan