IPOH: Kebimbangan penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, berakhir apabila haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, pada Sabtu.
Penolong Pengarah Kanan Perhilitan Perak Nor Hani Abdul Samat berkata mamalia seberat 156 kilogram dan dianggar berusia enam tahun itu memasuki perangkap sekitar 11 pagi Sabtu.
"Perangkap ini kami pasang semalam (9 Feb) selepas siasatan dilakukan melalui kamera yang dipasang di kawasan laluan harimau itu.
"Dari segi fizikal, harimau yang kami namakan sebagai 'Yop Kuang' ini nampak sihat dan dipercayai daripada populasi harimau Hutan Simpan Bukit Kinta kerana hutan simpan itu hanya terletak 2.4 kilometer dari lokasi perangkap dipasang," katanya kepada pemberita di Kampung Ulu Kuang di sini pada Sabtu.
Beliau berkata kejayaan penangkapan itu membuktikan bahawa Perhilitan negeri sentiasa mengambil serius terhadap aduan oleh mana-mana pihak terutama berkaitan penemuan haiwan liar.
Pada Jumaat, Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung serangan harimau di kampung berkenaan yang dihuni lebih 2,000 penduduk.
Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan siasatan awal yang dilakukan pada 8 Feb lepas mendapati ada binatang ternakan penduduk di kampung berkenaan diserang harimau itu.
Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Kuang Hamdan Ishak, 57, melahirkan kelegaan ekoran kejayaan penangkapan harimau belang itu yang dipercayai mengancam penduduk sejak setahun lepas.
"Kita juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak Perhilitan atas tangkapan harimau ini dan sudah tentu kami rasa amat lega serta boleh kembali lakukan aktiviti tanpa sebarang rasa takut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Nor Hani berkata mamalia seberat 156 kilogram dan dianggar berusia enam tahun itu memasuki perangkap sekitar 11 pagi Sabtu. - Gambar Bernama
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Seorang pengurus resort didenda RM2,500 atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.