awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau kumbang baham anjing masuk perangkap

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2024
10:45 MYT
Harimau kumbang baham anjing masuk perangkap
Harimau kumbang yang dipercayai membaham dua ekor anjing yang menjaga kebun berjaya ditangkap. - Foto Sinar Harian
REMBAU: Seekor harimau kumbang yang sebelum ini dipercayai membaham dua ekor anjing di sebuah kebun di Kampung Chengkau Ulu di sini masuk perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Penduduk, Mustaza Jamaludin, 44, berkata, dia bersama pemilik kebun, Khairuddin Abd Rahman, 55, pergi ke lokasi bagi mengeluarkan umpan anak kambing yang diletakkan di perangkap harimau tersebut.
Harimau kumbang masuk perangkap yang dipasang Perhilitan. - Foto Sinar Harian
Harimau kumbang masuk perangkap yang dipasang Perhilitan. - Foto Sinar Harian
"Sebaik sampai lebih kurang jam 7.30 pagi tadi, kami lihat ada seekor harimau kumbang yang agak besar saiznya berada dalam perangkap tersebut.
"Ikutkan, semalam harimau kumbang ini sudah melalui perangkap ini dan kelibatnya berjaya dirakam melalui kamera yang dipasang oleh Perhilitan sejak petang Ahad, namun harimau itu tak masuk ke dalam," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Ujarnya,pada Isnin lalu kira-kira kam 8.30 pagi, ada melihat kelibat harimau tersebut melompat keluar dari pagar kebun setinggi dua meter ketika datang ke kebun.
Sementara itu, Khairuddin berkata, dia berasa lega apabila binatang buas berkenaan berjaya masuk ke dalam perangkap.
Menurutnya, dia masih berasa kurang selamat untuk ke kebun seorang diri seperti sebelum ini.
Seekor harimau kumbang yang sebelum ini dipercayai membaham dua ekor anjing di sebuah kebun di Kampung Chengkau Ulu di sini masuk perangkap yang dipasang Perhilitan. - Foto Sinar Harian
Seekor harimau kumbang yang sebelum ini dipercayai membaham dua ekor anjing di sebuah kebun di Kampung Chengkau Ulu di sini masuk perangkap yang dipasang Perhilitan. - Foto Sinar Harian
"Harap kejadian ini tidak berulang lagi dan kita akan terus berhubung dengan Perhilitan sekiranya berhadapan dengan situasi sama," katanya.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan dua ekor anjing ditemui dalam keadaan kepala dan sebahagian badan salah seekor haiwan tersebut hancur disyaki dibaham harimau kumbang.
Kejadian berkenaan dikatakan pertama kali berlaku susulan keadaan pagar yang dipasang agak tinggi menyukarkan haiwan lain memasukinya melainkan melalui saluran longkang. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau kumbang
#baham anjing
#Chengkau Ulu
#masuk perangkap
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan