SEREMBAN: Seekor harimau kumbang jantan dewasa seberat 40 kilogram mati akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pemandu MPV jenis Honda Odyssey itu yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang.
"Setibanya di tempat kejadian iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, harimau kumbang berkenaan secara tiba-tiba melintas dari arah kanan jalan menyebabkan lelaki itu tidak sempat mengelak dan melanggar binatang itu.
"Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan dan keluarganya pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata bangkai harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.
Video kejadian itu turut tular di laman sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut. - Facebook @Inforoadblock
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Lagi harimau kumbang masuk perangkap
Seekor lagi harimau kumbang masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada awal pagi Rabu di Kampung Ulu Beting di sini.
Harimau kumbang mati dilanggar MPV
Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut.
Seekor harimau kumbang ditangkap di Gerik
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Gerik, Perak telah menangkap seekor harimau kumbang dalam satu operasi di Kompleks Perikanan Darat Banding, semalam.
Gempar harimau kumbang masuk dalam rumah
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan haiwan liar itu diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Mek Belebar' kembali ke habitat asal
Harimau kumbang terbabit telah selamat dipindahkan ke habitat yang sesuai pada hari yang sama operasi tangkapan dijalankan.
Beruang matahari, harimau kumbang dilepaskan ke habitat asal
Operasi translokasi dilakukan dalam usaha menyelamatkan haiwan terlindung berkenaan.
Harimau kumbang jantan dikesan dekat kandang lembu ditangkap - Perhilitan
Perhilitan negeri Perak menangkap seekor harimau kumbang jantan di Kampung Asli Kenang Baru Jalong Tinggi, Sungai Siput semalam.
Harimau kumbang serang remaja Orang Asli mati ditembak
Ketika menghampiri kawasan semak berhampiran kebun getah, kakitangan dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau kumbang yang meluru ke arah salah seorang daripada mereka.
Salakan anjing penjaga kebun isyarat ada harimau
Salakan anjing yang dipelihara bagi menjaga kebun dan ternakan membawa petanda kehadiran dua ekor harimau kumbang di sebuah kediaman di Kampung Batu Condong, Juasseh Tengah, pada Jumaat.
Piala Malaysia: Harimau Kumbang sedia mengaum Ahad ini
Skuad Harimau Kumbang bersedia menghadapi saingan piala tertua Asia Tenggara, Piala Malaysia yang membuka tirai Ahad ini.