KOTA BHARU: Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni adalah satu-satunya subspesies harimau belang yang masih wujud di dunia dan ia hanya terdapat di Malaysia.
Susulan kejadian seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau dekat Pos Bihai, di Gua Musang pada 7 Jan lepas, terdapat persepsi segelintir masyarakat menganggap Harimau Malaya akan menyerang dan membaham manusia apabila terserempak.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani yang berkata haiwan ini tidak akan mengancam manusia kerana ia bukanlah sifat sebenar 'Pak Belang'.
"Kalau ikut 'perangai asal' Harimau Malaya ini ia tidak akan menghampiri dan lari apabila terserempak serta hidu bau manusia.
"Malah dari segi pergerakan pula, sang rimba ini bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan jarak 10 hingga 20 kilometer yang mana pergerakannya agak jauh dan luas," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Mohamad Hafid berkata sumber makanan utama Harimau Malaya adalah hidupan liar di dalam hutan seperti babi hutan, rusa, kijang dan sebagainya, yang jelas membuktikan manusia bukanlah makanan haiwan itu.
"Kebiasaanya Harimau Malaya ini akan menyerang manusia sekiranya mereka diganggu oleh manusia itu sendiri seperti mengganggu atau memburu harimau atau anaknya, kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perubahan guna tanah.
"Bagi saya tidak timbul mengapa harimau ini mahu serang atau baham manusia sesuka hati sekiranya harimau-harimau ini tidak diganggu oleh manusia," katanya.
Mohamad Hafid berkata sebanyak 63 aduan diterima PERHILITAN Kelantan berhubung harimau sejak 2015 hingga 2021 dan tiada kes kematian manusia akibat dibaham harimau direkodkan dalam tempoh tersebut.
"Antara aduan diterima daripada penduduk seperti terserempak dan bunyi ngauman harimau dan paling tinggi aduan dicatatkan pada 2017 dengan merekodkan 18 aduan, diikuti 2020 (11 aduan) dan tahun lepas, 10 aduan.
"Namun, dalam tempoh ini juga hanya seekor sahaja harimau yang ditangkap iaitu pada tahun lepas di Kampung Badak dekat Pos Bihai, di Gua Musang dan telah diserahkan kepada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Perhilitan Datuk Fakhrul Hatta Musa ketika muncul dalam program bual bicara terbitan sebuah stesen televisyen baru-baru ini berkata sejak dari 2011 hingga 2020 sebanyak 37 kes melibatkan Harimau Malaya mati akibat aktiviti pemburuan haram.
"Antara rampasan diperolehi melibatkan empat ekor Harimau Malaya yang mati, empat ekor masih hidup, 355 keping kulit harimau, 42 bahagian badan telah dibungkus, 19 rangka tulang, 213 gigi taring dan 546 kuku haiwan tersebut.
"Bagaimanapun, pada tahun lepas pula tiada kes melibatkan aktiviti pemburuan direkodkan," katanya.
Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula tampil menjelaskan dakwaan sesetengah individu mengatakan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang dua minggu lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan adalah tidak benar dan tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama.
"Harimau keluar dari kawasan habitat berkemungkinan disebabkan beberapa faktor lain termasuk usia mamalia itu sendiri yang sudah tua dan Perhilitan sedang menjalankan tugas untuk mengesan hidupan liar ini.
"Setakat ini, juga tiada aktiviti pemburuan haram terhadap Harimau Malaya di Kelantan dilakukan setakat ini kerana operasi rondaan penguatkuasaan dan pengawalan yang dijalankan oleh agensi berkaitan dalam membendung sebarang kegiatan pencerobohan dan aktiviti pemburuan haram haiwan ini," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya dekat Kompleks Kota Darulnaim, di sini, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni adalah satu-satunya subspesies harimau belang yang masih wujud di dunia dan ia hanya terdapat di Malaysia. -Foto Najmuddin Mohd Faudzir
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.