TUARAN: Tiada laluan darat untuk ke tanah perkuburan menyebabkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tampil memberi bantuan dengan menyediakan bot untuk pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang dikebumikan di Pulau Torong Kibing, di sini pada Khamis.
Difahamkan, jenazah yang dibawa mereka adalah wanita warga emas berusia 87 tahun yang meninggal dunia pada Isnin lalu dan disahkan dijangkiti COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Susulan daripada itu, ketika menyempurkan tugasan berkenaan, anggota APM Tuaran terpaksa menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap untuk melindungi diri sepanjang tempoh perjalanan menyusuri sungai membawa jenazah terbabit ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Betutai.
Pegawai APM Tuaran, Leftenan Paulina Francis berkata, operasi membawa jenazah ke tanah perkuburan kampung berkenaan dilakukan oleh empat anggota APM bersama kakitangan KKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
"Pesakit yang meninggal dunia pada Isnin lalu itu mahu dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kawasan Pulau Torong Kibing iaitu tiga kilometer dari Kampung Betutai.
"Disebabkan tiada laluan darat ke tanah perkuburan berkenaan, pihak KKM meminta bantuan anggota APM Tuaran dengan menaiki bot bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Mengulas lanjut, Paulina berkata, tugasan anggota APM tidak setakat membawa jenazah tetapi diteruskan untuk urusan pengebumian.
"Tempat pengebumian telah disediakan oleh penduduk kampung dan anggota APM membantu untuk menurunkan dan seterusnya mengebumikan jenazah sehingga urusan selesai kira-kira jam 11.30 pagi," katanya.
Sebelum itu, beliau berkata, tugasan itu adalah antara tanggungjawab pihak APM dalam membantu pihak berkaitan bagi menyempurnakan pengurusan jenazah terutama membabitkan pesakit COVID-19.
"Sudah menjadi tanggungjawab, yang hidup akan menguruskan si mati. Itulah pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menguruskan jenazah pesakit COVID-19," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 07 2021

Anggota APM dan kakitangan KKM serta JHEAINS menaiki bot untuk membawa jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Betutai yang terletak di Pulau Torong Kibing, Tuaran pada Khamis. -Foto Sinar Harian

5 aspek penting untuk pelabur dalam kemasukan EV China ke Malaysia
Kemasukan kereta elektrik (EV) dari China ke Malaysia telah mencetuskan gelombang perubahan besar dalam industri automotif negara.

Khazanah laut berusia 800 tahun: Terumbu karang purba dijumpai di Laut Merah
Keajaiban semula jadi itu berpotensi menjadi tarikan utama pelancong ke AMAALA menerusi aktiviti selam.

Eain Yow, Rachel naib juara di Washington
Nasib tidak menyebelahi pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow apabila tewas pada aksi final Squash on Fire Open 2025 di Washington.

Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
Mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang yang dikemukakan dengan menyentuh isu kepentingan awam.
AWANI Pagi: World OSH Day: Revolusi keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui AI dan pendigitalan
Sempena sambutan World OSH Day, AWANI Pagi membawakan diskusi mengenai revolusi dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, menerusi adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan. Perbincangan bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan dari Safety Management Academy, akan mengupas bagaimana inovasi ini mengubah pendekatan pengurusan risiko di tempat kerja dan meningkatkan kesejahteraan pekerja secara keseluruhan.

The Reds kembali memuncak: Liverpool rampas kejuaraan Liga Perdana ke-20!
Gelaran ini menjadikan Liverpool setaraf dengan Manchester United dari segi jumlah kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Strategi Malaysia mengatasi kesan tarif AS terhadap ekonomi
Kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan kesan ini dan memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Kilang proses ayam di Kulim diarah tutup
Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati, premis berkenaan mengalirkan air sisa buangan tanpa rawatan.

Presiden Maldives diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra.
AWANI Ringkas: Tarif Trump: Sidang khas 5 Mei ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Masyarakat perlu bersaing dengan kepesatan teknologi - Menteri Sarawak
Masyarakat disaran supaya sentiasa menyaingi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat bagi mengelakkan mereka daripada risiko ancaman siber.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.

KKDW tingkat usaha promosi Tasik Kenyir
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

Forum media ASEAN-China platform penting perkukuh komunikasi serantau - Penganalisis
Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh saluran komunikasi rentas negara.

Nilai bitcoin junam bawah AS$75,0000
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.

Ketua WHO beri amaran pandemik lain pasti berlaku
Pandemik lain akan berlaku lambat laun dan ia bukan sekadar "risiko teori" tetapi "kepastian epidemiologi," demikian amaran Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

PKS dijangka terkesan akibat tarif timbal balik Trump – Pakar
Langkah Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos input.

Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik berhubung vaksin COVID-19
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes 'melampaui keraguan munasabah'.