awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/02/2017
15:47 MYT
Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu
Tan Sri Harussani Zakaria yang menjalani rawatan di HRPB selepas muntah-muntah dan cirit-birit Selasa lalu dijangka keluar pada Sabtu. - Gambar fail
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas muntah-muntah dan cirit-birit Selasa lalu dijangka keluar dari hospital berkenaan pada Sabtu.
Ketika dihubungi pada Jumaat, Harussani memaklumkan keadaan kesihatannya kini kembali pulih dan dijangka keluar dari HRPB dalam masa terdekat.
"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya baik, esok saya dijangka keluar hospital," katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin ketika dihubungi pula meminta masyarakat Islam di Perak mendoakan agar Harussani sihat sepenuhnya dan kembali meneruskan tugas di pejabat seperti biasa.
"Kita doakan agar kesihatan Tan Sri Harussani pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan tugasnya di pejabat seperti biasa," katanya.
Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim juga turut mengharapkan masyarakat terus mendoakan kesihatan Harussani agar kembali pulih sepenuhnya.
Beliau juga meminta masyarakat tidak menyebar maklumat yang tidak sahih mengenai kesihatan Harussani.
"Kelmarin saya ziarah, syukur beliau sihat, mohon doakan kesihatannya," katanya.
Topic Berkaitan
#HRPB
#JAIPk
#Tan Sri Harussani Zakaria
#zamri hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan