KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk menumpukan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan pemberian biasiswa dilihat mampu mengembalikan matlamat asal penubuhan sekolah itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon.
Fouzi berkata matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik, namun dakwanya kebanyakan sekolah berkenaan kini dipenuhi pelajar daripada golongan elit.
"SBP ini seharusnya menjadi tempat bagi pelajar mendapat pelajaran yang terbaik, makanan yang berkhasiat, mendapat tuisyen yang sempurna serta penginapan yang lengkap supaya mereka tidak perlu berjalan kaki jauh untuk sekolah.
"Akan tetapi matlamat itu semakin terhakis dan kini SBP menjadi tempat bagi anak-anak daripada keluarga elit atau T20," katanya ketika dihubungi Bernama.
Khamis lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pada majlis peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat berkata kerajaan akan menumpukan pemberian biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh kepada golongan berpendapatan rendah.
Anwar berkata perkara itu berdasarkan prinsip keadilan sosial yang perlu memberi peluang yang saksama khususnya melibatkan pemberian bantuan lebih kepada golongan terpinggir.
Fouzi berkata, hasrat kerajaan dalam pemberian biasiswa itu juga dilihat mampu mengimbangi peluang dan keadilan bagi pelajar terpinggir untuk mendapatkan pendidikan sewajarnya.
"Mereka perlu ada peluang dan akses yang sama, baru ada keadilan dalam pendidikan. Bagi orang di luar bandar, apabila dapat melihat anak mereka mendapat ruang dan peluang yang kecil itu untuk ke sekolah berasrama penuh serta biasiswa, mereka akan lakukan yang terbaik sama ada keluarga mahupun anak mereka," katanya.
Pengarah Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Salleh Amat pula berkata SBP di bawah Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu menyemak semula kelayakan bagi murid untuk memasuki sekolah berkenaan.
"Dalam hal ini saya berpendapat syarat kemasukan tidak semestinya mereka yang memperoleh markah sangat tinggi, cukuplah kelayakan minimum untuk mereka (golongan berpendapatan rendah) memasuki asrama," katanya.
Beliau berkata hasrat kerajaan itu juga dapat membantu pelajar di luar bandar yang daripada keluarga berpendapatan rendah keluar daripada kepompong kemiskinan di samping meningkatkan fokus pembelajaran mereka.
"Anak-anak di luar bandar ini bukan hanya belajar di sekolah, tetapi ada di antara mereka yang terpaksa membantu ibu bapa bekerja seperti berkebun dan sebagainya untuk meringankan beban keluarga. Jadi, apabila kerajaan kembalikan semula tujuan asal SBP ini, ia boleh beri peluang kepada pelajar menumpukan pelajaran sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik. - Gambar hiasan
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.
65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
Pentaksiran pendekatan terbaik bantu perkembangan pelajar secara holistik berbanding UPSR - Pakar
Pentaksiran itu memberi penekanan merangkumi pelbagai aspek termasuk jasmani, rohani dan intelek berbanding pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik.
COVID-19: PIBG kecewa tiada pelan hadapi krisis
Gesaan itu susulan dua pelajar Tingkatan Satu sekolah terbabit yang didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan pada minggu lalu.
LKIM cadang wujud kuota khas anak nelayan di IPT, SBP
Ia memandangkan lebih 10 peratus anak-anak melayan menghadapi kekangan dalam meneruskan pengajian termasuk keciciran akibat kemiskinan.
PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin
Soalan peperiksaan berkenaan perlu benar-benar selaras dengan keperluan Lembaga Peperiksaan selain skima jawapan serta latihan lengkap disediakan kepada guru terbabit.
Dakwaan kadar makanan sehari SBP dikurangkan tidak benar - Maszlee
Maszlee yang menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu memberitahu isu berkenaan tidak pernah terjadi di mana-mana SBP dan ia tidak seharusnya timbul.
Ibu bergaji RM30 sehari terharu anak layak ke Sekolah Berasrama Penuh
Seribu satu kisah di sebalik kejayaan anak golongan B40 masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Membaca lapis kedua ketaksuban kepada SBP
Buku "The Making of Them: The British Attitude to Children and the Boarding School System" dikupas untuk disesuaikan dalam konteks isu semasa mengenai SBP.
9,350 pelajar ditawar masuk SBP, 52 peratus daripadanya golongan B40
Ia merupakan satu peningkatan sebanyak 15.34 peratus berbanding pengambilan 2018, kata Kementerian Pendidikan.