awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati elak langgar binatang semasa balik kampung - NGO

Bernama
Bernama
23/06/2017
23:41 MYT
Hati-hati elak langgar binatang semasa balik kampung - NGO
Jumlah kenderaan yang meningkat sebelum dan selepas musim perayaan boleh membawa kematian kepada sebarang spesies haiwan yang cuba menyeberang jalan. - Gambar fail
Pertubuhan pemuliharaan harimau The Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) menyeru pengguna jalan raya agar memastikan keselamatan haiwan liar semasa mereka memandu untuk pulang ke kampung.
Ia berkata sikap seperti memandu melebihi had laju, mengekori dalam jarak dekat kenderaan lain dan memotong secara berbahaya boleh membawa kemalangan maut kepada haiwan-haiwan berkenaan.
"Jumlah kenderaan yang meningkat sebelum dan selepas musim perayaan boleh membawa kematian kepada sebarang spesies haiwan yang cuba menyeberang jalan atas sebab-sebab tertentu," kata MYCAT dalam kenyataan.
Ia mengulas kejadian semalam di mana seekor harimau bintang ditemui mati berdekatan Sungai Yu eco-viaduct di Merapoh, Pahang serta kematian seekor anak gajah minggu lalu akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Gerik-Jeli di Gerik, Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haiwan liar
#kemalangan
#maut
#MYCAT
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan