MALAYSIA
HAWANA 2025: SPRM agensi penguat kuasa pertama jadi rakan strategik
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi agensi penguat kuasa pertama selaku rakan strategik penganjuran Hari Wartawan Nasional 2025 (HAWANA 2025).
Ringkasan AI
- SPRM sebagai rakan strategik: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi agensi penguat kuasa pertama yang menyertai HAWANA 2025 sebagai rakan strategik.
- Sokongan terhadap media: SPRM menaja acara ini sebagai tanda penghargaan terhadap peranan media dalam menyebarkan maklumat penting kepada masyarakat.
- Sambutan besar-besaran: HAWANA 2025 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dari 13 hingga 15 Jun, dengan majlis kemuncak dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Jun.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyampaikan replika cek penajaan HAWANA 2025 sebagai rakan strategik kepada Fahmi.
Hisyam berkata, penajaan sebagai rakan strategik HAWANA 2025 ini bagi meraikan peranan agensi media atas sumbangan dan kerjasama mereka dalam menyebar maklumat penting.
"Penajaan sebagai rakan strategik ini sebagai tanda sokongan kepada agensi media atas sumbangan dan kerjasama mereka dalam menyebar maklumat penting kepada masyarakat.
"Insya-Allah, walaupun ini julung kali SPRM menjadi rakan strategik, ia menjadi penanda aras untuk membuka ruang kerjasama lebih luas dan lebih erat antara SPRM dan agensi media pada masa akan datang," katanya.
Sebanyak 79 agensi kerajaan dan swasta turut menjadi rakan strategik HAWANA 2025.
Sambutan HAWANA 2025 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada 13 hingga 15 Jun ini.
Majlis Kemuncak HAWANA 2025 pula akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Jun.
Lebih 1,000 pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara anggota Asean akan terlibat semasa majlis kemuncak itu nanti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami