Kerajaan berharap seluruh rakyat Malaysia dapat bersama menghayati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan menghadiri acara-cara yang dianjurkan bermula esok (Khamis).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, menghayati istiadat itu merupakan merupakan manifestasi untuk rakyat lebih memahami dan menghormati institusi Raja dan Yang di-Pertuan Agong khususnya.
Jelas beliau, institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dijadikan payung kedaulatan, simbol perpaduan serta lambang kestabilan dan kemegahan negara.
"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk kementerian, agensi serta pihak swasta bagi menyemarakkan Istiadat Pertabalan ini dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan menginstitusikan institusi Yang di-Pertuan Agong di kalangan warga organisasi masing-masing," kata Mujahid.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI di Kompleks Islam Putrajaya, di sini pada Rabu.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung pada 30 Julai ini akan disiarkan secara langsung di televisyen bagi memberi kesempatan kepada rakyat untuk menyaksikan istiadat bersejarah itu.
Menurut Mujahid istiadat ini merupakan istiadat tertinggi di dalam negara dan ia melibatkan keberangkatan semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta kehadiran Yang di-Pertua Negeri-Negeri serta pemimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri.
"Istiadat ini juga bertujuan untuk menghebahkan kepada rakyat jelata berhubung dengan pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua sebagai Yang di-Pertua Agong dan Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.
Beliau juga menjelaskan semua lapisan masyarakat boleh mengambil bahagian dengan hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat esok di Masjid Negara dan Pameran Raja Kita yang diadakan di Muzium Diraja, Kuala Lumpur bermula 5 Ogos hingga 4 November.
Dalam masa sama, Mujahid mengesyorkan sekolah-sekolah terutama di sekitar Lembah Kelang untuk membawa rombongan pelajar sekolah menghadiri Pameran Raja Kita bagi memberikan mereka pendedahan tentang sejarah institusi Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
BACA: Raja Permaisuri Agong cantik, bijak, cukup cekap memasak - YDP Agong
BACA: #AgongKita: Eksklusif bersama Yang di-Pertuan Agong di Astro AWANI
Irwan Muhammad Zain
Wed Jul 24 2019
Menurut Mujahid, semua lapisan masyarakat boleh mengambil bahagian dengan hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat esok di Masjid Negara dan Pameran Raja Kita yang diadakan di Muzium Diraja. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).
#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
#AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong
Muskat adalah persalinan Istiadat Diraja yang dipakai pada istiadat tertentu seperti pertabalan, pembukaan penggal Parlimen dan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negara.
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
#AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim
Keprihatinan dan keramahan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap rakyat Johor, tidak hanya dapat diukur menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.