KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) hari ini memaklumkan bahawa hebahan berbentuk poster di aplikasi WhatsApp mengenai ikan tilapia tidak selamat dimakan dan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah palsu.
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan.
Menurut kenyataan itu "genetically modified" (GM) atau terubah suai genetik soya dan jagung turut digunakan bagi mengurangkan penggunaan tepung ikan dan telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Norway serta Kesatuan Eropah.
"Tumbuhan ini telah digunakan secara meluas dalam makanan rumusan salmon, tilapia dan kap. Tiada laporan secara spesifik berkaitan kesan negatif kepada manusia yang memakan ikan tilapia yang telah diberi makan GM soya atau jagung oleh FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian), CODEX dan USFDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat).
"CODEX, WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan FDA sebagai organisasi yang bertanggungjawab, pasti menyedari kesan dan akibat sekiranya ikan tilapia tidak selamat kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
Mengenai dakwaan bahawa tilapia adalah ikan yang tidak bertulang dan tiada kulit, DOF menegaskan ia tidak berasas memandangkan terdapat negara seperti Brazil yang menggunakan kulit tilapia untuk membuat dompet, tali, beg duit dan kasut.
Dakwaan bahawa tilapia mengandungi "dioxin", iaitu sejenis bahan sampingan yang terbentuk melalui proses kimia, kenyataan itu memaklumkan ia boleh terhasil daripada kejadian semula jadi seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan.
"Ikan yang diternak di dalam air yang tercemar dengan bahan ini akan menyebabkannya berkumpul di dalam isi ikan tersebut, tidak mengira sama ada ikan tilapia atau jenis ikan yang lain. Oleh itu, pemilihan kawasan ternakan yang bebas daripada bahan kimia ini penting untuk mengelakkan ia daripada tercemar dengan unsur bahaya.
"Jabatan Perikanan juga telah memantau 200 ladang akuakultur yang mempunyai sijil myGAP dan kawalan penyakit bagi menjamin kualiti pengeluaran sumber akuakultur negara," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan hebahan palsu, selain menegaskan ia boleh menjejaskan industri akuakultur negara.
Jumlah pengeluaran ikan tilapia bagi 2021 adalah 37,609 tan metrik yang menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM380 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan. - Gambar hiasan
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pengusaha stesen minyak terima ugutan digesa lapor kepada polis - Menteri
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis
1,494 unit bubu naga serta peralatan menangkap ikan haram bernilai RM615,280 dirampas dalam operasi khas dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia.
Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.
Hebahan tentang ikan tilapia tidak selamat dimakan adalah palsu - DOF
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan.
Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.
DOF lakar sejarah, terima dua sijil 'Malaysia Book Of Records'
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melakar sejarah apabila dianugerahkan dua sijil Malaysia Book Of Records.
Penternak akuakultur kerugian RM28 juta akibat banjir - DOF
Penternak akuakultur di negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan Nelayan Darat dianggarkan RM800,000.
Penjual telur penyu dalam talian boleh dikenakan tindakan undang-undang
Sebarang bentuk penjualan haiwan marin yang terancam seperti penyu termasuk telur haiwan itu adalah dilarang serta boleh dikenakan tindakan.
Bantuan di Tanjung Piai bukan gula-gula PRK - MB Johor
Bantuan seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kebajikan nelayan telah dirancang lama sewaktu penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik, masih hidup lagi.
Malaysia hilang hasil sehingga RM6b setahun akibat tangkapan ikan secara haram
Meskipun langkah-langkah penguatkuasaan ketat di Indonesia, Malaysia dan Thailand, isu penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU) terus berleluasa.
Paus pilot sirip pendek dikesan di perairan Besut, mungkin buru sotong
Sekumpulan paus pilot sirip pendek -short finned pilot whale- atau nama saintifiknya globicephala macrorhynchus ditemui berenang berhampiran Pulau Perhentian di perairan Besut, Terengganu.