awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas di Lumut

Fareez Azman
Fareez Azman
28/06/2021
06:18 MYT
Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas di Lumut
Ini merupakan insiden pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang 30 tahun penubuhan Skuadron Udara KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut. - Sumber foto: Ihsan Pembaca
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS555 SN Fennec terlibat dalam kemalangan di Pangkalan TLDM Lumut pada Isnin.
Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
"Insiden ini tidak melibatkan sebarang kecederaan ke atas orang awam dan lokasi insiden adalah terkawal," jelas kenyataan itu.
"Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.
Sebuah jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian, memetik kenyataan itu lagi.
Ia merupakan insiden pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang 30 tahun penubuhan Skuadron Udara KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.
Untuk rekod, TLDM turut mengoperasikan enam buah helikopter jenis AS 55 SN Fennec dan enam lagi helikopter tempur jenis Super Lynx dikendalikan TLDM.
Topic Berkaitan
#TLDM
#helikopter
#insiden
#pesawat
#lumut
#Pangkalan TLDM Lumut
#kemalangan
#kemalangan helikopter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan