SEPANG: Juruterbang kepada helikopter yang terhempas di kawasan Hutan Simpanan Chikus, Tsz Kin Richard Chan, 58, masih hidup sekitar jam 8 pagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Dalam sidang media pagi ini, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, kenyataan awal beliau mengenai nasib juruterbang itu, adalah berdasarkan maklumat dan transkrip audio yang beliau terima dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ka Siong berkata, sekitar jam 8.48 pagi, mesej yang beliau terima bersekali dengan gambar menunjukkan bangkai helikopter itu ditemui oleh Tentera Udara Diraja Malaysia, dan seminit kemudian beliau menerima mesej mengatakan juruterbang itu masih hidup.
“Saya membuat keputusan untuk memberitahu orang awam supaya kita buat secara telus. Dalam apa jua saya ucapkan pada masa itu, saya mengharapkan terbaik buat mangsa dalam kes ini.
“Apa yang Ketua Polis Perak (Datuk Mohd Yusri Hassan Basri) cakap itu (juruterbang sudah meninggal dunia) adalah dua jam selepas saya cakap. Tapi dalam proses mencari dan menyelamat, jika juruterbang meninggal, kita tak boleh umumkan, melainkan (ada pengesahan) dari KKM,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas selesai melancarkan Program Keselamatan Penerbangan Kebangsaan di Pusat Operasi CAAM di sini pada Selasa.
Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan sebuah helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pukul 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian, dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Helikopter Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH yang dikendalikan Heli Outpost Sdn Bhd itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sekitar pukul 12.16 tengah hari, hari yang sama.
Pada pagi Isnin, Wee memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan mengikut beberapa sektor, dengan pihak PDRM mengetuai operasi di darat, dan TUDM melalui udara.
“Pihak polis tiba di tempat kejadian pada pukul 10.30 pagi dan mereka cuba menyelamatkan dengan pasukan penyelamat yang lain untuk membawa keluar mangsa tersebut.
“Ketika mangsa dijumpai, dia masih lagi hidup, tetapi dalam keadaan cedera parah dan tindakan diambil pasukan penyelamat pada waktu itu adalah mengeluarkannya dan hantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Mangsa kemudiannya dilaporkan dibawa keluar dari kawasan berkenaan menaiki helikopter ke Sekolah Anderson di Ipoh, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Wee selanjutnya berkata, beliau sedikit terkilan apabila kenyataan awal beliau dipolitikkan pihak tertentu, sehingga dimaki hamun oleh orang awam.
Namun Menteri Pengangkutan itu berkata, apa jua kenyataan yang beliau keluarkan adalah berdasarkan maklumat dan fakta mengikut kronologi kejadian, sehingga mangsa berjaya ditemui.
“Saya sedih semalam pukul 12 lebih, ada pembangkang bantai kita, seolah-olah kita kata hidup sedangkan dia dah mati. Saya sedih, saya tak ada hasrat dengki. Bila kata orang masih hidup, ada peluang, saya sukacita maklumkan apa berlaku pada saat itu.
“Segala kerja SAR sedang dijalankan. Kita sedang berusaha bawa orang ini, hantar ke hospital, pada waktu itu perkara betul. Saya tengok balik apa kita dapat, memang benar. Apa kita buat itu mengikut segala SOP. Waktu dia beza dua jam, bukan sesuatu yang kita cakap melalui imaginasi,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Wee berkata, laporan awal akan disiapkan dalam masa sebulan mengikut prosedur operasi standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), manakala laporan penuh kejadian akan disiapkan dalam tempoh setahun.
Firdaus Azil
Tue Sep 13 2022

Kenyataan awal Wee Ka Siong mengenai juruterbang itu, adalah berdasarkan maklumat dan transkrip audio yang beliau terima dari pihak CAAM. - Bernama
Fokus Minggu Depan: MWC 2025: Pameran teknologi & inovasi terbesar global jadi tumpuan
Editor Multiplatform Astro AWANI, Harits Asyraf Hasnan berpeluang menyertai Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol yang bakal membuka tirai pada Isnin.

Sindiket penyeludupan migran tumpas, 15 warga Indonesia ditahan
Lima belas warga Indonesia disyaki aktif dalam sindiket penyeludupan rakan senegara ke Malaysia, berjaya ditahan dalam Op Pintas Som di sekitar Sungai Buloh.
Kepengerusian ASEAN, peluang terbaik buat Johor dan negara
Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN 2025 merupakan peluang terbaik untuk Johor dan negara menonjolkan keunikan kesenian, kebudayaan dan warisannya kepada dunia.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kerajaan Israel memaklumkan pihaknya telah menyekat kemasukan semua bantuan kemanusiaan ke Gaza memandangkan gencatan senjata fasa pertama dengan Hamas telah berakhir.

Jenazah Pro-Canselor Unisel, Dr Anuar Masduki selamat dikebumi
Jenazah Pro-Canselor Unisel Datuk Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.

Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.

Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.

Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.

Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas
Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila.

Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.

Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.

17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui
Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian.

Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera, lapor Xinhua.