Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku gelombang kedua kemasukan pengganas Kiram ke Sabah.
Beliau berkata khabar angin yang tidak berasas itu, tidak seharusnya disebarkan ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.
"Apabila berita-berita sebegini disebarkan, ia menggusarkan masyarakat terutama di Sabah. Musim raya (Aidilfitri) dah nak sampai, jadi kenapa nak buat orang susah, menakutkan orang ramai, perkara tu tak benar sebenarnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.
Beliau melawat anggota polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu, Rabu lalu.
Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Khalid berkata pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan lain mempunyai cukup kekuatan untuk menangani sebarang kemungkinan pencerobohan dari luar.
"Marilah kalau mereka berani. Kita akan tahu kalau ada cubaan pihak musuh untuk masuk ke negara ini. Kita cukup kekuatan.. kita ada polis, tentera.. ada di laut, udara dan darat. Jadi janganlah risau.
"Penubuhan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk memastikan keadaan pantai Timur Sabah terjamin," katanya.
Bernama
Wed Jul 24 2013
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Undian: Apakah cara terbaik memperingati jasa wira-wira negara yang gugur?
Sudah genap setahun insiden pencerobohan pantai timur Sabah oleh pengganas Sulu. Dalam mempertahankan negara, ada anggota keselamatan yang gugur.
Hampir setahun berlalu tragedi berdarah Simunul dalam ingatan
Di sinilah berlakunya tragedi berdarah yang menggemparkan jutaan rakyat Malaysia, 19 hari selepas negara dikejutkan dengan pencerobohan sekumpulan bersenjata yang mendarat di Kampung Tanduo.
Tragedi Tanduo bawa lembaran baru Tanjung Batu, Labian
Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian merupakan antara kampung dalam zon yang terjejas teruk akibat insiden pencerobohan itu.
KPN dedah satu lagi cubaan ceroboh pantai timur Sabah Januari lepas
Bagaimanapun, katanya, cubaan itu berjaya ditumpaskan pasukan keselamatan negara yang mengawal perairan pantai timur Sabah.
Waris Sultan Sulu tolak cadangan Presiden Filipina
Abraham Idjirani menyelar Presiden Filipina, Benigno Aquino III kerana mengemukakan cadangan itu kerana ia tidak pernah dirunding.
Surat dakwa gelombang kedua penceroboh tidak benar - Polis Sabah
Polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.
Polis Sabah tolak laporan pengganas Sulu berkumpul semula
Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza Taib hari ini menolak laporan yang mengatakan bahawa pengganas Sulu kini telah berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.
Perkembangan hari ke-14 Ops Daulat
Rangkuman susulan peristiwa yang berlaku sepanjang hari Ops Daulat ke-14.
Guna kereta perisai berantai untuk geledah Tanjung Batu
Beberapa buah kereta perisai berantai akan tiba di Lahad Datu bagi meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.
Pembayaran kepada Sulu harus dihentikan - Karpal
Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan perintah mahkamah bagi Malaysia menghentikan pembayaran untuk Sabah kepada individu yang mendakwa dirinya waris Sultan Sulu.