SHAH ALAM: Masyarakat diharap menghentikan penyebaran video mengenai seorang imam dan sekumpulan jemaah sebuah masjid di Selangor yang bertindak memandikan seorang remaja seperti 'jenazah' kerana cuba mencuri tabung masjid, dalam media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penyebaran video tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada kedua-dua pihak, malah mengundang kutukan daripada masyarakat dengan pelbagai komen negatif.
"Selain menjatuhkan maruah remaja terlibat, ia juga turut memberikan persepsi buruk tentang sikap pengurusan institusi masjid," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Zawawi berkata tindakan sewajarnya telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan institusi masjid di negeri itu sebaik sahaja mendapat maklumat yang betul tentang perkara tersebut.
"Saya difahamkan imam yang terlibat telah mengambil tindakan meletakkan jawatan dan JAIS sedang meneliti perkara ini untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat khasnya umat Islam di Selangor, supaya bertenang dan tidak mengambil pendekatan agresif dalam menangani apa-apa isu dan kes yang melibatkan institusi Islam.
"Biarlah pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka mengikut lunas undang-undang, manakala masyarakat setia membantu pihak berkuasa untuk menyempurnakan tugas dan bukannya mengambil alih tugas pihak berkuasa," katanya.
Media melaporkan seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, dekat sini pada Khamis.
Video berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan tindakan jemaah masjid memandikan lelaki itu seperti jenazah serta dia dilumurkan dengan kapur barus selepas ditangkap kerana perbuatannya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

MOHD ZAWAWI: Selain menjatuhkan maruah remaja terlibat, ia juga turut memberikan persepsi buruk tentang sikap pengurusan institusi masjid. - Gambar fail/Astro AWANI

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Henti sebar video mandikan remaja - Exco
Penyebaran video tersebut tidak membawa sebarang kebaikan, malah mengundang kutukan masyarakat dengan pelbagai komen negatif.

Setiausaha Politik Ismail Sabri buat laporan polis terhadap Lokman Adam
Setiausaha Politik Menteri Kanan (Keselamatan) membuat laporan polis terhadap bekas Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam susulan penyebaran video yang memfitnah Datuk Seri Ismail Sabri.

Video intim: Azmin serah kepada pihak berkuasa dedahkan dalang
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak akan mendedahkan nama dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan dirinya.

Video intim: Anwar terima baik kenyataan polis mengenai Azmin
PKR hari ini menerima baik kenyataan polis yang mengatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video intim.

Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak - polis
Hasil analisis polis Indonesia terhadap video pornografi kanak-kanak yang tersebar itu menunjukkan rakaman video tersebut turut disaksikan ibu kepada salah seorang mangsa kanak-kanak terlibat.

Wanita dalam keadaan bogel dipukul dengan botol kaca
Polis Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung penyebaran satu video seorang wanita yang dipukul menggunakan botol kaca dalam keadaan bogel.