awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan fitnah, jangan politikkan isu Tabung Haji - Azeez

Bernama
Bernama
21/02/2016
00:27 MYT
Hentikan fitnah, jangan politikkan isu Tabung Haji - Azeez
Azeez mahu serangan tanpa usul periksa ke atas Tabung Hajii dihentikan - Foto BERNAMA
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta pihak yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menyebarkan fitnah mengenai Tabung Haji.
Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik semata-mata.
"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya kepada pemberita selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di sini, pada Sabtu.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap penyebar fitnah berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pihaknya akan cuba mempertahankan kos menunaikan haji pada tahun ini iaitu RM9,980 bagi jemaah haji yang pertama kali menunaikan Rukun Islam kelima itu.
"Tabung Haji akan menanggung subsidi haji sebanyak RM180 juta untuk musim haji tahun ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
#fitnah Tabung Haji
#pengerusi Tabung Haji
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan