awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan perbalahan sesama sendiri di media sosial - Shahidan

Bernama
Bernama
18/09/2022
20:20 MYT
Hentikan perbalahan sesama sendiri di media sosial - Shahidan
Shahidan berkata walaupun 'pergaduhan kecil' dalaman parti masih wujud, tetapi tidak melibatkan keseluruhan spektrum UMNO. - Bernama
LABUAN: Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa anggota parti di semua peringkat supaya menghentikan pergaduhan antara puak dalam pelbagai platform media sosial yang boleh membawa kepada konflik dan perbalahan yang tidak diingini.
Beliau berkata ahli UMNO sepatutnya menggunakan platform media sosial secara bijak untuk menangkis unsur-unsur negatif dan fitnah daripada kalangan musuh politik.
"Saya bersetuju sepenuhnya dengan seruan Presiden UMNO (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya ahli parti tidak bergaduh sesama sendiri dalam media sosial, sebaliknya menggunakan platform itu untuk menentang musuh.
"Apa yang kita boleh lihat sekarang ialah perang politik dalam pelbagai platform media sosial, sebagai orang parti kita mesti cukup baik dan pantas untuk menangkis, menentang dan bertindak balas terhadap mana-mana elemen yang berpotensi menjejaskan kekuatan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara peringkat Labuan di Dewan Konvokesyen Kompleks Ujana kewangan di sini pada Ahad.
Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata walaupun 'pergaduhan kecil' dalaman parti masih wujud, tetapi tidak melibatkan keseluruhan spektrum UMNO.
"Masih ada pertelingkahan dalaman atau perang sesama sendiri dalam media sosial, terutamanya antara ahli di peringkat bawahan dan penyokong, secara rasionalnya pergaduhan seharusnya dengan musuh," katanya.
Shahidan berkata seruan presiden UMNO perlu didengari oleh semua ahli di semua peringkat demi kepentingan parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, dan beliau optimis PRU15 dapat dilihat sebagai kemunculan UMNO di seluruh negara termasuk di Labuan.
Beliau juga berkata Ismail Sabri menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, dan keadaan ekonomi menunjukkan peningkatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#pilihan raya umum
#UMNO
#hentikan pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan