KUCHING: Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merayu kepada rakyat Sarawak agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadapnya.
Dalam satu surat terbuka kepada media sekitar jam 1.21 pagi ini, Toh Puan Raghad Kurdi Taib berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai dakwaan insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di sini.
"Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita di portal dan media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
"Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.
"Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini," katanya.
Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya akan sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.
"Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.
"Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat, Insya-Allah.
"Dengan ini, saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib. Terima kasih."
Sejak semalam, tular kandungan sebuah portal berita yang mendakwa Raghad telah melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar, dengan mencabut segala gajet rawatan yang dipasang ke badannya.
Turut tular, salinan laporan polis oleh pihak hospital berkenaan selain foto Abdul Taib yang sedang dirawat.
Raghad pada petang semalam turut memaklumkan menerusi media sosialnya bahawa tuduhan itu adalah tidak benar dan berniat jahat, sambil mendakwa telah mendapat kebenaran jururawat bertugas dan memuat naik nota oleh jururawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Abdul Taib, 87 tahun, menamatkan perkhidmatan 10 tahunnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Isnin lalu, dan digantikan oleh anak didiknya, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sebelum ini, Abdul Taib yang menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet negeri dan Persekutuan sejak 1963, merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.
Rudi Affendi Khalik
Mon Feb 05 2024
Raghad (kiri) memohon orang ramai menghentikan semua andaian dan tuduhan jahat terhadapnya kerana keutamaannya ketika ini hanyalah untuk menjaga suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud. - Instagram Raghad Taib
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang lebih RM16 juta kepada asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Sabah, Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh
Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Tun Abdul Taib pemimpin tegas tetapi pemurah, prihatin - Nanta Linggi
Di sebalik ketegasan beliau sebagai pemimpin, ramai yang tidak mengetahui bahawa Tun Abdul Taib juga adalah seorang yang pemurah dan prihatin terhadap nasib rakyat.
Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara
Upacara penghormatan peringkat Semenanjung jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, selesai pada jam 11.30 pagi.
Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang
Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian Tun Abdul Taib Mahmud.
Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad
Raghad berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di Kuching.
Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan
Polis Diraja Malaysia Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.
Taib Mahmud semakin sihat, kembali ke tanah air 15 Ogos
Isteri kongsi video Abdul Taib sedang berehat di luar negara.
Astana Sarawak sahkan Taib Mahmud makin pulih, pulang dalam masa terdekat
Astana Negeri Sarawak mengesahkan keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semakin baik.
PM Ismail Sabri terima gelaran 'Datuk Patinggi' Sarawak
Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan khidmat yang cemerlang kepada negeri Sarawak.