awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hew dibebaskan namun kertas siasatan masih dibuka - Polis Johor

Bernama
Bernama
25/03/2017
04:37 MYT
Hew dibebaskan namun kertas siasatan masih dibuka - Polis Johor
Hew yang turut digelar 'Superman' ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang pada 20 Mac lalu susulan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya di sini.
Polis Johor sedang memperkemaskan kertas siasatan membabitkan bekas anggota DAP Hew Kuan Yau sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata Hew yang direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman sosial, telah dibebaskan pada Khamis dengan jaminan polis.
"Bagaimanapun kertas siasatan terhadap beliau masih dibuka dan sedang diperkemaskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Perbarisan Hari Polis ke-210 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Hew yang turut digelar 'Superman' ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang pada 20 Mac lalu susulan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya di sini.
BACA: 'Superman' Hew Kuan Yau ditahan polis bantu siasatan berhubung catatan di Facebook
Bekas Ketua DAP Teluk Intan itu kemudian ditahan reman empat hari bermula 21 Mac bagi membantu siasatan menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hew didakwa membuat penghinaan itu pada 13 Mac lepas dengan memuat naik poster parodi filem Walt Disney, 'Beauty and the Beast' yang disertakan dengan gambar Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas anggota DAP
#Hew Kuan Yau
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan