JOHOR BAHRU: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas, berbanding minggu sebelumnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata kumulatif kes HFMD di daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 607 kes, diikuti Tangkak (204), Kota Tinggi (167), Batu Pahat (144), Kluang (136), Segamat (121), Pontian (104), Kulai (101), Muar (67) dan Mersing (lima).
"Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur sehingga enam tahun iaitu sebanyak 1,293 kes, manakala tujuh hingga 12 tahun adalah 202 kes dan selebihnya merupakan mereka yang berumur lebih 13 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lokasi penularan wabak HFMD di negeri ini dikesan berlaku di tadika iaitu 26 wabak, diikuti oleh taska (enam), pusat jagaan harian (lima), prasekolah (tiga), rumah persendirian (dua), dan sekolah rendah (satu).
Justeru, Ling menyeru rakyat di Johor supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan yang diperlukan bagi mencegah penyakit itu.
"Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat beli-belah dan stesen bas.
"Selain itu, kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan perlu dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan," katanya sambil menambah lima wabak aktif HFMD dilaporkan di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Kumulatif kes HFMD di daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 607 kes, diikuti Tangkak (204), Kota Tinggi (167), Batu Pahat (144), Kluang (136), Segamat (121), Pontian (104), Kulai (101), Muar (67) dan Mersing (lima). - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).
HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.