Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini berkata bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) dijangka akan diumumkan Mac ini.
"Yang itu (bayaran hibah [dividen]) kena tunggu, mungkin Mac ini. Saya difahamkan menurut amalan biasa jika telah tutup akaun ia mungkin akan bermula (bayar) hujung Februari atau mungkin awal Mac atau pertengahan Mac akan diumum," katanya pada sidang media di Menara Tabung Haji di sini.
Sebelum ini TH mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion pada 2017 dan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari lepas bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.
Mujahid dipetik sebagai berkata sejak 2014, TH telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan -- dua syarat itu adalah aset tidak boleh kurang daripada liabiliti dan perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.
Sementara itu kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama bagi musim ini meskipun berdepan cabaran kewangan, katanya.
BACA: Langkah pemulihan TH membuahkan hasil - Mujahid
Beliau memberi jaminan pengekalan subsidi jemaah berkenaan tidak akan menjejaskan pembayaran hibah.
Mujahid berkata sehubungan itu bayaran bagi mengerjakan haji kali pertama bagi golongan jemaah itu masih kekal RM9,980 seorang.
"Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Tabung Haji berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta, ia susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji lalu," katanya.
Mujahid berkata dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini Tabung Haji telah menanggung subsidi melebihi RM1 bilion bagi menampung jemaah haji mengerjakan ibadat tersebut.
Mengulas mengenai kuota haji bagi musim ini, beliau berkata berdasarkan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi, kuota haji adalah kekal pada 30,900 seperti tahun lalu.
"Memang kami ada berbincang untuk menambah kuota berdasarkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini iaitu 31,300, tetapi terdapat beberapa kekangan di pihak kerajaan Arab Saudi membuatkan kuota itu tidak dapat dipenuhi," katanya.
Berkenaan dengan rayuan haji, Mujahid berkata ia akan berjalan seperti biasa, namun sebarang keputusan akan mengambil prinsip istito'ah (berkemampuan) dalam pertimbangan meluluskan rayuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 14 2019

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama bagi musim ini meskipun berdepan cabaran kewangan. - Gambar hiasan

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.

Pusat cegah ekstremisme Arab Saudi, Telegram padam 16 juta kandungan dalam 3 bulan
Sebanyak 1,408 saluran yang diguna kumpulan ekstremis turut ditutup, sebagai sebahagian usaha bersama memerangi propaganda ekstremis.

Iran, Itali, Arab Saudi gerak usaha diplomatik galak dialog antara India-Pakistan
Usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menggalakkan dialog antara India dan Pakistan di tengah-tengah ketegangan ketenteraan antara dua negara jiran Asia Selatan itu.

Jemaah Malaysia puji inisiatif 'Makkah Route' Arab Saudi
Inisiatif berkenaan turut merangkumi proses penerimaan, penyempurnaan prosedur perjalanan dan kelancaran transit ke tanah suci.

Capital A luas pasaran di Arab Sudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik
Capital A Bhd (Capital A) hari ini mengumumkan rancangan pengembangan ke Arab Saudi dengan laluan baharu AirAsia ke Riyadh dan Dammam serta lebih banyak penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah.

Arab Saudi keluar amaran terhadap penempatan pemegang visa ziarah semasa musim haji
Larangan itu berkuat kuasa dari 1 Zulkaedah hingga 14 Zulhijah dan turut melibatkan sesiapa yang membantu pemegang visa ziarah tinggal secara tidak sah.

Dominasi tanpa tewas! Al Ahli tamatkan kempen cemerlang dengan kejuaraan
Galeno membuka tirai jaringan pada minit ke-35 dengan rembatan melengkung tepat menuju penjuru gawang, menghidupkan gema di stadium.

Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tanpa permit haji
Arab Saudi mengingatkan semua pengendali pengangkutan di seluruh negara, khususnya di Makkah, agar tidak membawa mana-mana penumpang ke Makkah atau Tapak-Tapak Suci tanpa permit haji.

Arab Saudi kenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit haji
Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan kawasan Tanah Suci tanpa permit yang sah.

Eksport produk halal Malaysia melonjak kepada RM61.79 bilion pada 2024 - Tengku Zafrul
Eksport produk halal Malaysia mencecah RM61.79 bilion pada 2024, menandakan peningkatan 15 peratus daripada RM53.72 bilion yang dicatatkan pada 2023.

Arab Saudi terima ketibaan penerbangan pertama jemaah haji tahun ini
Saleh Al-Jasser pada Selasa menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.