Astro bakal siarkan program dokumentari istimewa iaitu ‘Tun Abdul Razak : 40 Tahun Dalam Kenangan’ sebagai tanda memperigati pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein Al-Haj yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Program ini akan bersiar pada 14 Januari 2016 di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada jam 9.00 malam. Kemudiannya disusuli dengan “A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak” pada hari yang sama bermula jam 10.00 malam di National Geographic Channel (saluran 553), National Geographic Channel HD (saluran 573) dan Astro Awani (saluran 501).
Dokumentari istimewa ini disediakan khas untuk mengenang jasa Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja merakamkan perjuangan beliau tetapi kehidupannya sebagai pemimpin, suami dan ayah kepada lima orang anaknya. Fokus utama turut tertumpu kepada perwatakan, kebijaksanaan, wawasan serta ketajaman perhitungan politik yang telah menjadikan beliau dihormati oleh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum.
Buat julung-julung kalinya, pihak produksi Astro berjaya mendapatkan kebenaran untuk mengadakan wawancara khas bersama isteri Allahyarham Tun Abdul Razak, Toh Puan Rahah binti Tan Sri Mohammad Noah dan kesemua lima orang anaknya, termasuk Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd. Najib Razak, Datuk Nazim Razak, Datuk Johari Razak, Datuk Nizam Razak and Datuk Seri Nazir Razak. Jangan lupa saksikan dokumentari khas “Tun Abdul Razak: 40 Tahun Dalam Kenangan”
Astro Publication
Wed Jan 13 2016
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.