awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
10/02/2025
04:10 MYT
Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi
Rosman berkata langkah itu juga bertujuan memastikan generasi muda terus menghargai dan memahami nilai sastera sebagai sebahagian daripada identiti budaya negara. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Penggiat seni disaran memperkenalkan pendekatan lebih segar dan interaktif, termasuk digitalisasi karya, bagi menjadikan sastera lebih dekat dengan generasi muda.
Menurut penyanyi, Rosman Lamri @ Maman Teacher’s Pet, langkah ini penting bagi memastikan warisan sastera terus relevan dan malar segar untuk dilestarikan.
Langkah itu juga bertujuan memastikan generasi muda terus menghargai dan memahami nilai sastera sebagai sebahagian daripada identiti budaya negara.
“Kita tahu bahawa hiburan kini ada di mana-mana.
"Dalam kehidupan seharian, orang ramai sentiasa dikelilingi hiburan, buka telefon, iPad, semuanya ada hiburan.
"Jadi, bagaimana kita (penggiat seni) boleh tampil lebih ke hadapan dan menarik perhatian mereka?
"Jadi perlu ada strategi yang lebih dinamik dan sinergi antara pelbagai pihak bagi memastikan kita dapat menarik pendengar baharu," katanya demikian dalam program AWANI Pagi pada Isnin sempena Hari Puisi Sedunia 2025.
Hari Puisi Sedunia merupakan deklarasi yang telah diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) dalam Konferensi Umum ke-30 di Paris pada tahun 1999.
Ia bertujuan mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis yang diraikan pada Mac setiap tahun.
Topic Berkaitan
#penggiat seni
#digitalisasi karya
#Rosman Lamri
#warisan sastera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan