awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat

Bernama
Bernama
13/12/2020
20:40 MYT
Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Tragedi Highland Towers pada 11 Dis 1993 menggemparkan negara, apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh, dan meragut 48 nyawa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Rancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah, dilihat dapat mengubah stigma masyarakat yang menyifatkan kawasan itu sebagai kawasan menakutkan.
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View Datuk Siti Hendon Chek berkata pihaknya mengalu-alukan rancangan tersebut, memandangkan kawasan dengan bangunan terbiar selama 27 tahun itu sebelum ini menjadi sarang penagih dadah, serta mengundang masalah sosial setempat.
"Jika sebelum ini kami hidup dalam keadaan kurang selesa, sekurang-kurangnya dengan berita (rancangan) ini, kami mampu menarik nafas lega sekiranya struktur bangunan itu diroboh dan dijadikan kawasan yang indah.
"Justeru, kami minta pihak lain tidak memperbesar perkara ini dan kerja-kerja meroboh bangunan dilakukan secepat mungkin, supaya kerja-kerja pengindahan kawasan dapat dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan sebagai berkata, KPKT merancang untuk memberi nafas baharu di kawasan di Highland Towers dengan mengindahkan kawasan itu, sekali gus menjamin kesejahteraan penduduk sekitar kawasan itu.
Tragedi Highland Towers pada 11 Dis 1993 menggemparkan negara, apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh, dan meragut 48 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Highland Towers
#mengindahkan
#Hendon Chek
#KPKT
#tapak bersejarah
#Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay Hill View
#menakutkan
#stigma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan