awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang di Negeri Sembilan, jumpa di Pulau Pinang

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2024
03:50 MYT
Hilang di Negeri Sembilan, jumpa di Pulau Pinang
Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau pada Jumaat lalu ditemui selamat di Penang Sentral Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau di sini pada Jumaat lalu ditemui selamat di Penang Sentral Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, penemuan pesara tentera, Mustafa Jalil, 90, itu dimaklumkan oleh anggota polis bantuan yang bertugas di terminal pengangkutan berkenaan kira-kira jam 7 malam.
Katanya, ketika ditemui warga emas berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga tanpa tujuan sebelum anggota polis bantuan itu meminta nombor telefon yang boleh dihubungi.
"Polis bantuan itu kemudiannya menghubungi waris warga emas iaitu menantunya yang sebelum ini membuat laporan mengenai kehilangan lelaki itu dan mengesahkan itu adalah bapa mentuanya.
"Penemuan itu juga telah dimaklumkan kepada polis sebelum anggota dari Balai Polis Butterworth mengambil warga emas berkenaan dan membawanya pulang ke balai tersebut untuk proses dokumentasi selanjutnya," katanya hari ini.
Chang Hook berkata, waris warga emas berkenaan ketika dihubungi bersetuju untuk mengambil lelaki itu dengan kadar segera.
Media sebelum ini melaporkan warga emas itu didapati hilang dari rumahnyanya pada Jumaat dan menantunya turut memaklumkan ayah mentuanya itu kerap berhalusinasi serta memberitahu ada seseorang berbisik supaya pergi ke Pulau Pinang atau Alor Gajah, Melaka. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#lelaki hilang
#Penang Sentral
#Polis Jempol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan