awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang sejak empat hari lalu, mayat lelaki ditemukan di bawah struktur bangunan runtuh

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
03/05/2022
10:18 MYT
Hilang sejak empat hari lalu, mayat lelaki ditemukan di bawah struktur bangunan runtuh
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rone Medin, 54, ditemukan di bawah struktur bangunan yang runtuh akibat dihempap pokok.
SERIAN: Misteri kehilangan seorang lelaki selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu terjawab apabila ditemukan maut di Kuarters Lama Jabatan Kerja Raya (JKR) Serian pada Selasa.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rone Medin, 54, ditemukan di bawah struktur bangunan yang runtuh akibat dihempap pokok.
Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa kira-kira jam 5.15 petang Isnin.
“Mangsa tidak balik ke rumah selepas keluar bekerja pada 30 April lalu sekitar jam 7 pagi. Bimbang akan keselamatan mangsa, isterinya membuat laporan berhubung kehilangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diatur gerak turut melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Serian namun dihentikan susulan keadaan gelap.
“Usaha SAR disambung semula bersama agensi berkaitan termasuk dengan bantuan penduduk kampung. Operasi itu berhasil apabila pasukan SAR berjaya menjumpai mangsa di bawah struktur bangunan roboh.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dihempap struktur bangunan yang runtuh sewaktu membuat kerja pembersihan. Operasi mengeluarkan mangsa daripada runtuhan tersebut dilakukan menggunakan jentolak,” katanya.
Kata Aswandy mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#Serian
#Sarawak
#lelaki maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan