awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan bantah TPPA dibenarkan berhimpun di Padang Merbok

Tan Su Lin
Tan Su Lin
22/01/2016
15:18 MYT
Himpunan bantah TPPA dibenarkan berhimpun di Padang Merbok
ZAINOL: Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas sekiranya ada yang melanggar undang-undang. - Gambar Fail
Perhimpunan aman bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendapat kelulusan polis untuk berhimpun di Padang Merbok di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak polis telah mengadakan perjumpaan bersama pihak penganjur dan mereka juga telah diberi kebenaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan perhimpunan di lokasi berkenaan.
"Semasa perjumpaan kedua bersama pihak penganjur, mereka telah bersetuju sekiranya tidak mendapat kebenaran DBKL untuk berhimpun di Dataran Merdeka, mereka akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.
Polis turut memberi amaran kepada penganjur agar hanya berada di Padang Merbok dan diseru agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas sekiranya ada yang melanggar undang-undang," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.
Sehubungan itu, pihak polis juga menasihatkan pihak penganjur supaya memastikan perhimpunan yang diadakan berjalan dengan aman dan tidak kumpulan yang mencetuskan pergaduhan.
Pada 12 Januari lalu, pihak polis menerima notis daripada Gabungan Kongres Rakyat iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan kerajaan untuk menandatangani TPPA di Dataran Merdeka.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#TPPA
#Zainol Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan