awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia fokus peroleh aset strategik, teknologi moden
ABIM cadang kerajaan rangka garis panduan acara komuniti sensitif
Thailand ketat kawalan pembakaran terbuka sektor pertanian bendung pencemaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan 'Justice for Zara' berlangsung aman, terkawal - Polis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/08/2025
15:35 MYT
Himpunan 'Justice for Zara' berlangsung aman, terkawal - Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, seramai 100 anggota polis telah ditugaskan sejak jam 7.30 malam bagi memantau keselamatan sepanjang program berlangsung. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan himpunan solidariti kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang berlangsung di hadapan kompleks beli-belah di ibu negara malam ini berjalan dalam keadaan aman dan terkawal.

Ringkasan AI
  • Polis sahkan himpunan solidariti -Justice for Zara- di ibu negara berjalan aman dengan kehadiran 400450 peserta.
  • Seramai 100 anggota polis ditugaskan memantau keselamatan dan rakam ucapan peserta.
  • Polis akan siasat jika wujud ucapan berunsur 3R atau melanggar undang-undang.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, seramai 100 anggota polis telah ditugaskan sejak jam 7.30 malam bagi memantau keselamatan sepanjang program berlangsung.
“Secara keseluruhan, himpunan berlangsung dalam keadaan baik dan aman.
“Dianggarkan seramai 400 hingga 450 orang peserta hadir pada malam ini,” katanya kepada media selepas selesai perhimpunan tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, jika didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang sepanjang himpunan.
Ujar beliau, pihaknya akan meneliti sekiranya wujud ucapan berbaur agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).
“Kita menempatkan pasukan perakam dan akan meneliti ucapan-ucapan yang disampaikan oleh peserta.
“Sekiranya ada apa-apa ucapan yang melanggar undang-undang dan menyentuh sensitiviti terutama 3R, kita akan membuka kertas siasatan,” tambah Sulizmie.
Himpunan “Justice for Zara” itu dianjurkan oleh gabungan 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tinjauan Astro AWANI menyaksikan para peserta membawa plakad bertulis “Justice for Zara”, “Keadilan Buat Anak Kita” serta sepanduk menyeru agar budaya buli dihentikan.
Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran bangunan asrama pada awal pagi 16 Julai lalu.
Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia sehari selepas itu di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Topic Berkaitan
#himpunan solidariti
#Zara Qairina Mahathir
#himpunan aman
#Justice For Zara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan