NATIONAL
Himpunan Melayu Berdaulat diteruskan dengan kawalan polis

Sulizmie Affendy berkata, bagi tujuan keselamatan dan kawalan, seramai 80 pegawai serta anggota polis akan ditugaskan di sekitar lokasi perhimpunan itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Himpunan Melayu Berdaulat yang dijadual berlangsung pada Sabtu di ibu negara diteruskan dengan pasukan polis bertindak sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan berjalan lancar dengan kawalan yang munasabah.
Ringkasan AI
- Himpunan Melayu Berdaulat diteruskan: Perhimpunan yang dijadual berlangsung di ibu negara pada Sabtu akan berjalan dengan pemantauan pihak polis, yang menugaskan 80 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan serta pematuhan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
- Tujuan dan penyertaan perhimpunan: Dianjurkan oleh gabungan NGO yang diketuai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, perhimpunan ini bertujuan menyuarakan isu kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar serta isu tanah rizab Melayu.
- Lokasi dan masa perhimpunan: Perhimpunan ini dirancang berlangsung di perkarangan pusat beli-belah SOGO, bermula pada pukul 2.30 petang, serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang turut diadakan di ibu negara.
"Sebanyak 80 pegawai dan anggota akan ditugaskan untuk membuat pemantauan di sekitar lokasi perhimpunan berlangsung," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Menurut Sulizmie Affendy, pihak polis juga sudah mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur bagi memastikan segala aspek di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dipatuhi.
Himpunan Melayu Berdaulat dianjurkan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan dijangka dihadiri lebih 15,000 peserta.
Perhimpunan itu bertujuan menyuarakan isu-isu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar serta isu tanah rizab Melayu.
Ia dirancang berlangsung di perkarangan pusat beli-belah SOGO, bermula pukul 2.30 petang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami