awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Rakyat: Jalan Parlimen antara empat jalan utama ditutup esok

Bernama
Bernama
15/09/2015
15:38 MYT
Himpunan Rakyat: Jalan Parlimen antara empat jalan utama ditutup esok
Seramai 430 pegawai dan anggota trafik polis akan bertugas memantau dan mengawal bagi memastikan kelancaran lalu lintas. - Gambar Fail
Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Parlimen antara empat jalan utama yang akan ditutup kepada semua kenderaan secara berperingkat dari jam 6 pagi hingga 6 petang esok mengikut keadaan susulan Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok di sini.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata dua lagi jalan yang akan ditutup ialah Jalan Berjasa dan Jalan Persiaran Sultan Salahudin.
Katanya, laluan yang akan terjejas bermula dari Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Salahuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu/Susur Jalan Hishamuddin, Jalan Pudu/Tun Tan Cheng Lock, Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Jalan Munsyi Abdullah/Jalan Dang Wangi, Bulatan Sultan Mohammad, Jalan Damansara, Bulatan Hishamuddin, Jalan Kuching/Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Conlay, Jalan Raja Chulan, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak dan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang.
BACA: Lima fakta Himpunan Rakyat Bersatu yang perlu anda tahu sebelum 16 Sept
Jalan Tutup
Jalan Tutup
Seramai 430 pegawai dan anggota trafik polis akan bertugas memantau dan mengawal bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh itu, katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur hari ini.
Pengguna jalan raya boleh menghubungi Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071-9777 dan Hotline Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 03-26179378 untuk pertanyaan mengenai penutupan dan lencongan jalan.
Topic Berkaitan
#Himpun Melayu Bersatu
#himpunan baju merah
#Kebangkitan Maruah Melayu
#Perhimpunan Rakyat Bersatu
#Petaling Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan