Skip to main content

Malaysia

Kerajaan ambil kira maklum balas rakyat untuk optimum penyasaran subsidi diesel

Mustapha berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa mendengar sendiri pandangan rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan inisiatif BUDI Diesel di Sabah. - Foto Facebook Mustapha Sakmud
Mustapha berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa mendengar sendiri pandangan rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan inisiatif BUDI Diesel di Sabah. - Foto Facebook Mustapha Sakmud
Advertisement

KOTA KINABALU: Kerajaan akan meneruskan usaha mengoptimumkan pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api di Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira maklum balas rakyat di akar umbi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata perbincangan berterusan antaran pihak berkepentingan serta agensi negeri dan Persekutuan akan diteruskan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif itu dapat diperkemas tanpa menjejaskan kualiti kehidupan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

Mustapha berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa mendengar sendiri pandangan rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan inisiatif BUDI Diesel di Sabah.

Advertisement

“Alhamdulillah, terima kasih YAB PMX. Meskipun dalam kesibukan tugasan rasmi tetap dapat meluangkan masa untuk mendengar sendiri respon rakyat di akar umbi mengenai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan inisiatif BUDI Diesel terutamanya di Sabah

“Berpegang dengan prinsip ‘suara rakyat suara keramat’, keluh kesah rakyat baik di bandar mahupun pedalaman akan sentiasa didengari Kerajaan MADANI. Mari kita jaga Malaysia sama-sama!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Advertisement

BUDI Diesel dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 Julai lepas, dengan pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak diberikan kuota asas 200 liter sebulan pada harga bersubsidi RM2.10 seliter.

Pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap yang memenuhi syarat pula boleh memohon tambahan 100 liter sebulan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement