awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2023
08:29 MYT
Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua individu ditahan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ekoran membuat hantaran yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasan tidak setia terhadap institusi diraja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan memaklumkan, dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tangkapan pertama dilakukan terhadap pemilik atau pengendali akaun Facebook dikenali Muhammad Farhan berusia 32 tahun.
Manakala tangkapan kedua terhadap individu dipercayai pemilik atau pengendali akaun TikTok @azwanar90 berusia 33 tahun.
"Bagi tangkapan pertama, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama 3 hari bermula 13 hingga 15 Oktober.
"Tangkapan kedua dibenarkan reman selama empat hari mulai 13 hingga 16 Oktober," katanya.
Suhaily memaklumkan, kedua-dua individu itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Tahan
#tangkap
#Facebook
#FB
#TikTok
#institusi diraja
#hina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan