awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi kuat landa rantau kepulauan Filipina
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina institusi Diraja: Khalid Ismath akan dibebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
14/09/2019
04:07 MYT
Hina institusi Diraja: Khalid Ismath akan dibebas dengan jaminan polis
Khalid akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. -Gambar fail
Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath yang ditahan semalam berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
BACA: Ketua Pemuda PSM Khalid Ismath ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya diambil pagi ini dan tiada permohonan reman dibuat.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dengan beberapa individu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Media melaporkan Khalid ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di rumahnya di Klang, Selangor pada 10.30 malam tadi.
Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan telefon bimbitnya dirampas untuk siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda dan akaun Twitter baginda diaktifkan semula pagi ini.
BACA: 'Our Queen is back!' - Netizen teruja Raja Permaisuri Agong kembali di Twitter
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bebas dengan jaminan polis
#Huzir Mohamed
#Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia
#Khalid Ismath
#Seksyen 4 Akta Hasutan 1948
#Unit Siasatan Jenayah Terkelas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan