awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hisap gam dalam kereta, pasangan suami isteri disiasat polis

Bernama
Bernama
09/10/2022
09:40 MYT
Hisap gam dalam kereta, pasangan suami isteri disiasat polis
Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah. - Gambar/ Media sosial
MELAKA: Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan kejadian dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Okt lepas.
"Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Okt lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.
"Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.
Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#pasangan suami isteri
#hisap gam dalam kereta
#hisap gam depan anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan