awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hisap vape di Dewan Rakyat, Hishammuddin digesa mohon maaf secara rasmi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/08/2020
08:13 MYT
Hisap vape di Dewan Rakyat, Hishammuddin digesa mohon maaf secara rasmi
Hishammuddin telah membuat permohonan maaf menerusi laman Twitternya selepas video itu menjadi tular. - Gambar fail
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa untuk membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Dewan Rakyat selepas video beliau dirakam menghisap vape semasa persidangan Dewan Rakyat dan menjadi tular di media sosial.
Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan Peraturan Tetap 41(D) yang melarang mana-mana ahli Parlimen merokok di dalam Dewan.
Sambil memetik hantaran dalam Twitter, beliau berkata, Ahli Parlimen Sembrong itu menghisap vape ketika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjawab soalan pertanyaan lisan.
"Yang Berhormat (Hishammuddin) pun sudah mengaku salah dalam akaun Twitter beliau.
"Saya rasa lebih elok, lebih baik menteri berkenaan memohon maaf secara rasmi di dalam Dewan yang mulia," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Sebelum itu Shu Qi bangkit mencelah sebaik sahaja Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah Datuk Alexander Nanta Linggi selesai menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja bagi kementeriannya.
Sementara itu, Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon berkata, beliau mengambil maklum dan akan meneliti perkara itu.
Terdahulu, seorang netizen berkongsi sebuah klip video berdurasi sembilan saat di laman Twitter, yang menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berlangsung.
Hantaran itu turut dikongsi dengan bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sambil menulis: "Dr Dzul tengok ini ada orang hisap vape dalam Dewan".
Sehingga pukul 5.30 petang, video tersebut dilihat hampir 179,000 kali oleh warga maya dan diciap semula kira-kira 2,000 kali serta menerima lebih 1,500 komen.
Hishammuddin bagaimanapun telah membuat permohonan maaf menerusi Twitternya selepas video itu menjadi tular.
"Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.
"Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi," ciapnya di Twitter sebentar tadi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Hishammuddin Hussein
#media sosial
#Parlimen
#Twitter
#vape
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan