Malaysia yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan dan oleh itu menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan, kata Menteri Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya.
Beliau memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau keburukan.
Sambil menyifatkan isu itu seperti 'bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru', Hishammuddin berkata: "Isu Laut China Selatan adalah satu masalah lama.
"Ia melibatkan maruah serta 'air muka' negara terbabit. Jika kita tidak berhati-hati, ia pasti boleh bertukar menjadi antara konflik paling berbahaya pada zaman kita, kalau pun bukan dalam sejarah."
Hishammuddin berkata demikian ketika berucap pada Dialog Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 - Sidang Pleno Ketiga bertajuk Mencegah Peningkatan Konflik, di sini hari ini.
Menurut beliau, Malaysia amat menyedari kepentingan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.
"Sebab itulah kami sentiasa menganjurkan agar diplomasi diberi keutamaan dalam menangani pertikaian ini.
"Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Menteri Pertahanan Indonesia Jen (B) Ryamizard Ryacudu pada sesi sebelum ini, mekanisme dan amalan ASEAN adalah bertujuan menggalakkan dialog secara aman diadakan.
"Sesuatu resolusi keamanan perlu diterima semua negara terb bit dan ASEAN perlu dikekalkan sebagai prinsipnya dan sebagai satu-satunya forum bagi negara Asia Tenggara untuk mencari sesuatu penyelesaian," katanya.
Ketika menegaskan bahawa dialog dan kerjasama rapat antara negara adalah sangat penting, Hishammuddin berkata terdapat banyak contoh bagaimana rundingan mengenai kawasan yang menjadi pertikaian boleh diselesaikan tanpa campur tangan ketenteraan.
Beliau menyebut tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia berhubung kepulauan Sipadan dan Ligitan yang berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Katanya lagi, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung Pulau Batu Putih juga diselesaikan melalui kaedah serupa dan ini menunjukkan bahawa diplomasi dan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa boleh dan perlu dipelihara.
Hishammuddin seterusnya berkata: "Kita perlu berwaspada dengan kejadian yang tidak dijangka atau yang berlaku dengan tiba-tiba di perairan berkenaan.
"Seperti yang sering saya tegaskan, retorik berapi-api dan perbuatan saling melemparkan tuduhan, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana negara.
"Isu ini memerlukan satu resolusi yang dipacu oleh sikap saling menghormati dan saling mempercayai. Ia akan memakan masa, tetapi saya yakin bahawa berkat kesabaran, kebijaksanaan dan kekentalan semangat kita bersama, kita boleh maju ke hadapan."
Hishammuddin berkata semua negara bebas untuk bertindak di kawasan kedaulatan masing-masing seperti yang mereka rasakan wajar, tetapi mereka juga patut sedar tentang akibat dan kesan daripada tingkah laku mereka.
"Kita bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan, bukan sahaja untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang," katanya.
Bernama
Sat May 30 2015
Hishammuddin Hussein (kiri) bersama Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean sewaktu persidangan di Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 Sidang Pleno Ketiga bertajuk Mencegah Peningkatan. - Foto AFP
Keperluan manusia tetap diperlukan walaupun AI semakin canggih
Masih tidak dapat dinafikan bahawa ada lagi kepentingan untuk penggunaan tenaga manusia walaupun permintaan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat..
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Pokok tumbang atas dua kereta, dua mangsa terperangkap
Dua lelaki terselamat daripada maut apabila terperangkap dalam kereta selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM diketahui 23 Julai
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh tersebut pada Khamis selepas selesai mendengar hujahan semua pihak.
Tiada cadangan wajibkan pemasangan 'dash cam'
Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini, kata menteri Pengangkutan Anthony Loke.
WHO lulus vaksin terbaharu TAK-003
WHO meluluskan vaksin denggi baharu TAK-003 pada 10 Mei lalu.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak, makan ayam penyet
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim dan doktor membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
ICJ tolak permohonan Israel tangguh prosiding bicara
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permohonan Israel untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang akan berlangsung pada Khamis.
Pusat perubatan Mekah tunggu untuk beroperasi
Untuk tiga tahun berturut-turut, susulan pencapaian cemerlang dalam menyediakan rawatan kesihatan kepada kumpulan jemaah haji sebelum ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat kebenaran untuk membuka Pusat Rawatan Madinah. Manakala Pusat Rawatan Mekah pula masih menunggu keputusan sama daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
[TERKINI] DBKL diarah ambil tindakan segera elak pokok tumbang
DBKL diarah ambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)