KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai usaha mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional, serta mengelakkan lebih banyak ancaman dari parti UMNO, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.
Memetik sumber, portal itu berkata, ia difahamkan tindakan tersebut bagaimanapun hanya mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka.
Menurut laporan itu lagi, kemarahan itu berkemungkinan besar memandangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sudah pun membuat ketetapan untuk mengkaji semula hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain itu, hubungan antara dua parti tersebut semakin renggang selepas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen kedua UMNO menarik balik sokongan secara rasmi dari Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight lagi.
Seorang sumber lain bagaimanapun memaklumkan kepada portal itu bahawa, cadangan itu sudah dibuat, namun masih belum dimaklumkan kepada komponen Perikatan Nasional yang lain.
Menurut portal itu lagi, sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional, dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Selain itu, beberapa pemerhati menganggap tindakan itu mungkin bakal memakan diri memandangkan Hishammuddin, yang juga Menteri Luar, dilihat tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021

Tindakan melantik Hishammuddin sebagai TPM bagaimanapun dijangka hanya akan mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka. -Gambar fail

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Tindakan melantik Hisham sebagai TPM bagaimanapun dijangka hanya mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka.

UMNO perlu putuskan mahu kerjasama dengan siapa - Hishammuddin
UMNO perlu memutuskan mahu bekerjasama dengan siapa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika tidak dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Annuar ragui 189 Bahagian UMNO tolak Bersatu
Berdasarkan maklum balas yang dikumpulkan daripada pemimpin bahagian parti hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Empat beranak terkandas 11 jam dalam kereta akibat banjir
Abdul Aziz Jemain berkata dia dan isterinya, Khairiyatul Asma' Kamat, dua anaknya berumur antara lapan bulan dan dua tahun, sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti, ke Bukit Pasir, Muar

UMNO jangan pilih jalan merugikan, ulang kesilapan lampau - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ahli UMNO jangan sesekali berasa selesa sehingga mengulangi kesilapan lampau.

"Ini mungkin menjadi mesyuarat UMNO bahagian terakhir" - Hishammuddin beri bayangan PRU15
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seolah-olah memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung dalam masa terdekat.

Semangat Krismas akan dapat dipertahan biarpun berdepan COVID-19
Hishammuddin menasihatkan mereka yang menyambut perayaan itu agar menitikberatkan pematuhan SOP untuk keselamatan bersama.

Tun Rahah sumber kekuatan, inspirasi rakyat Malaysia - PM Singapura
Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Mengenang Tun Rahah: Insan ini penyayang, prihatin, baik hati dan tabah - Hishammuddin
Anak saudara Tun Rahah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluahkan rasa dukacitanya menerusi hantaran di Instagram.

Tekankan kepentingan akses sama rata terhadap vaksin - Hishammuddin
Akses sama rata untuk mendapatkan vaksin dengan harga berpatutan perlu dititikberatkan.